fbpx
blog najib asaddok

VIDEO YANG PATUT KONGSI DALAM FACEBOOK PAGE

VIDEO YANG PATUT KONGSI

VIDEO YANG PATUT KONGSI DALAM FACEBOOK PAGE

Video apa yang anda patut kongsi dalam Facebook Page anda supaya MERIAH & DAPAT TARIK PELANGGAN?


Kalau anda memang biasa gunakan Facebook Page sebagai medium utama untuk buat pemasaran online, anda akan perasan Algoritm Facebook banyak berubah sejak tahun 2017.


Kalau dulu, memang senang jer nak buat sales, nak tarik traffic & pelanggan datang ke kedai online ataupun fizikal.


Tapi sekarang, algoritma Facebook makin complicated dan makin sukar nak diduga.


Namun disebalik perubahan ini, Facebook sebenarnya sedang menjaga kualiti Facebook supaya content yang ada dalam Facebook ini benar-benar berkualiti dan buatkan orang lebih engage.


Jadi, macamana nak atasi masalah algoritma Facebook yang ramai orang tak tahu apa benda tu?


Salah satu perkara paling penting adalah dengan banyakkan sharing content dalam bentuk video.


Facebook sangat suka Facebook Page yang banyak berkongsi video tak kisah samada pendek atau panjang. Tapi dengan syarat ianya bermanfaat, kena dengan bidang bisnes anda dan menarik perhatian orang ramai untuk engage.


Bila video anda ada banyak engagement, reach akan meningkat dengan mendadak.


Jadi, apa jenis video yang anda patut kongsikan dalam Facebook Page anda?


Sila baca lanjut untuk faham dan lepas ni anda boleh cuba untuk apply dalam bisnes anda.


InsyaAllah ianya sangat berkesan untuk naikkan reach & trafik audience yang datang melihat Facebook Page anda.


Tapi kena ingat, walaupun anda share banyak video, ianya tak guna kalau followers anda ciput atau sangat sikit.


Pastikan anda ke www.50kusahawan.com untuk dapatkan video yang bernilai RM999 secara PERCUMA untuk tahu & faham secara praktikal bagaimana nak tarik like masuk page anda.

Video yang jenis mendidik ataupun berbentuk mengajar sentiasa menjadi kesukaan orang ramai.

Ada banyak jenis tips, cara buat yang ramai orang tak tahu dan bila anda share, anda sebenarnya sedang berkongsi suati ILMU yang sangat bagus untuk penonton.

Video jenis ini sentiasa mendapat perhatian dan menjadi keutamaan ramai orang.

Ambil contoh rancangan ‘How It’s Made’ yang sentiasa mendapat view tinggi sebab ia adalah berbentuk informasi ataupun untuk tujuan pendidikan.

Video yang memberi kesedaran juga salah satu jenis yang mendidik orang ramai.

Sekiranya anda sedang menjalankan kempen-kempen marketing, anda seharusnya buat satu video yang bertujuan beri kesedaran.


Kalau anda tengok jenama Anlene, Zesspri, ataupun jenama makanan kesihatan yang besar, mereka banyak gunakan video jenis kesedaran untuk tingkat tahap kesedaran dikalangan orang ramai.

Bila anda buat video begini, anda sedang wujudkan demand orang ramai kepada produk anda.

Nampak ke nampak?

Video testimoni memang WAJIB untuk setiap bisnes kongsikan.

Kalau anda sendiri tak kongsikan video testimoni atau result dari pelanggan anda siapa yang akan tahu?

Video testimoni bertujuan nak wujudkan keyakinan pada bakal pelanggan anda dan salah satu cara berkesan untuk tingkatkan sales.

VIDEO YANG PATUT KONGSI

VIDEO YANG PATUT KONGSI ini lebih mirip kepada video anda menemuramah dengan orang lain, tak kisah pelanggan, prospek, ataupun sesiapa sahaja.

Ini bertujuan untuk tarik perhatian untuk orang menontonnya.

Satu lagi ia sangat-sangat membantu untuk tingkatkan brand anda dimata penonton, disamping ini peluang untuk owner bisnes bercakap dengan orang ramai.

Orang suka tengok owner bisnes yang yakin untuk bisnes mereka.

VIDEO YANG PATUT KONGSI

Ini paling power, paling Facebook suka yang akan bantu anda untuk tarik trafik dan pelanggan datang ke Facebook Page anda.

Sehebat mana sekalipun algoritma yang sangat complicated, reach video akan meroket dengan sangat power.

Kesan ini berlaku bila anda ada followers yang ramai dan anda konsisten buat Live secara berkala.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !