Najib Asaddok
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
Najib Asaddok
No Result
View All Result
Home #roketcontent

BAGAIMANA NAK KONSISTEN BUAT SALES

Mohd Najib by Mohd Najib
August 2, 2019
in #roketcontent
0 0
0
BAGAIMANA NAK KONSISTEN BUAT SALES
Share on FacebookShare on Twitter

Susah sangat ke nak buat sales dalam online ni? Sebab ramai mengadu hari ni ada sales sikit, tapi esok lusa langsung tak ada sales.


Apa yang perlu anda buat untuk naikkan sales? Sebenarnya anda boleh ke www.50kusahawan.com untuk dapatkan video yang bernilai RM999 secara percuma untuk jadikan online bisnes anda dapat hasilkan jualan.


Kalau tak pun, anda kena baca artikel ni lebih lanjut. Bisnes tanpa sales ibarat manusia tanpa nyawa.


Penting apa-apa strategi yang kita buat, apa-apa formula yang kita gunakan, mesti mendatangkan hasil.


Apa guna kalau anda cuba macam-macam kaedah tapi tak mendatangkan sales?

Kempen jualan wajib sentiasa ada sebab ini yang akan menarik perhatian orang untuk beli.

Jangan kisah apa orang kata sebab Jakel tak pernah putus kempen jualan. Setiap kali tiba waktu akan ada jer kempen yang mereka jalankan.

Kalau bisnes yang bernilai jutaan ringgit pun buat, kenapa anda tak buat?

Daripada anda jual satu, lebih baik anda kombokan untuk jadikan sekali pembelian tapi nilainya besar.

Lihat contoh kedai fastfood seperti McD, KFC, Dunkin dll, semuanya ada pakej.

Bei satu memang mahal, tapi beli lebih dari satu, harganya tak masuk akal. 

Tapi anda kena kira keuntungan anda dan juga kos-kos lain. Supaya bila anda pakejkan, anda bukan dalam kerugian.

Nampak ke nampak?

Ramai usahawan gagal beri nilai pada setiap produk atau servis yang mereka beri.

Nilai bukan bermaksud anda nak jual pada harga tersebut. Tapi nak maklumkan pada orang ramai nilai yang sepatutnya mereka belanja bila dia tak selesaikan masalah dia.

Barulah orang akan hargai bila dia faham nilai dan dia akan tak kisah nak keluarkan duit untuk dapatkan produk / servis anda.

Bila anda mention atau beritahu apa penjimatan yang mereka dapat, secara psikologinya anda buatkan pelanggan anda tak banyak berfikir dengan buat kira-kira.

Anda terus bagi angka supaya bila orang baca angka dia akan terus tahu berapa angka yang dia dapat jimat. 

Berbanding orang terpaksa fikir untuk kira berapa jimat, kan ambil masa dan perkara ni sangat susahkan orang. 

Pointnya permudahkan bila tiba bab angka.

Siapa tak suka kalau anda order sepinggan nasi goreng pada harga RM4.00 tapi yang dihidangkan nasi goreng cukup dan mengenyangkan untuk 2 orang?

Sebab itu seni untuk beri lebih adalah untuk menarik orang untuk beli buat kali kedua.

Dia akan percaya dia akan dapat lebih untuk next pembelian. Pelanggan tak teragak-agak untuk keluarkan duit untuk bisnes anda untuk beberapa kali.

Facebook Comments
Mohd Najib

Mohd Najib

Next Post
VIDEO YANG PATUT KONGSI DALAM FACEBOOK PAGE SUPAYA DAPAT TARIK PELANGGAN

VIDEO YANG PATUT KONGSI DALAM FACEBOOK PAGE SUPAYA DAPAT TARIK PELANGGAN

Recommended For You

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

June 14, 2022
Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

June 8, 2022
Impian Vellfire bukan angan angan kosong

WOW!! IMPIAN KERETA VELLFIRE 2023, DAH CAPAI TAHUN NI?!

May 24, 2022
Lebih 15 Tahun Buat Bisnes, Sales Tak Bertambah, Hutang yang bertambah

“Saya duduk dekat belakang, nampak Tuan Najib kecil jer kat depan”….

March 29, 2022
Facebook Twitter Instagram

Tentang Kami

Saya seorang usahawan internet sepenuh masa & trainer kepada ribuan usahawan. Saya memulakan perniagaan internet ni sejak tahun 2009 hingga kini. Dapatkan Tips, Motivasi & Inspirasi dari Blog saya ini. Dinukilkan khas untuk anda!

Kategori

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In