fbpx
blog najib asaddok

Sales Lemau, Pelanggan Cuci Mata Je

blog najib asaddok Sales lemau

Sales lemau? Jangan biar sahaja situasi macam ni jadi dekat bisnes anda.

Kesilapan yang ramai orang luar fikir bila sales slow, ekonomi yang teruk dan purchasing power dah kurang. Tapi sebenarnya, ada banyak faktor yang datang dari bisnes kita sendiri.

Trend membeli lebih kepada online tetapi kualiti “customer service” di kedai fizikal tetap perlu dijaga dengan baik. Ini cabaran yang untuk semua peniaga untuk bertahan dan tingkatkan “sales”. 

Ada beberapa punca yang perlu anda faham.

 

Sales lemau

 

1. Persaingan dari E-Dagang

Semakin ramai pelanggan beralih kepada online platform untuk membeli-belah. 

Beli online lebih mudah untuk perbandingan harga dan menawarkan lebih banyak pilihan. 

Anda kena proaktif dalam menjual secara online dengan mula buat content di sosial media.

 

sales lemau

 

2. Servis teruk atau tidak memuaskan

Kebanyakan pelanggan tidak berminat nak membeli jika tempat kotor, sempit, lambat respon dan pekerja biadap.

Jadi, pekerja atau team dibawah anda mestilah professional bila layan pelanggan dan faham keperluan pelanggan yang datang.

 

 

3. Kekurangan Inovasi dan Promosi

Kedai yang tak unik atau tiada promosi menarik semestinya tak dapat tarik perhatian pelanggan yang cuci mata.

Inovasi yang anda boleh buat macam pakej dalam jualan produk/servis.

Contohnya, beli 2 produk percuma 1 freebies atau untuk servis ada tawaran yang berbaloi dalam satu harga.

Kadangkala, harga di kedai lebih mahal berbanding di platform online.

 

Dunia bisnes ni banyak persaingan tapi kenalah juga tengok punca yang perlu dibetulkan dalam bisnes anda supaya sales lemau ni dapat dikurangkan.

Jangan biarkan pelanggan hanya cuci mata sahaja di kedai anda.

Mari dapatkan nasihat bersama  Pakar Digital Marketing di Momentum Digital.

Terima kasih jadikan Blog Najib Asaddok sebagai artikel yang anda pilih untuk baca harini.

Kami nak tahu juga maklum balas yang kami perlu improve. Maklum balas dari anda sangat kami hargai.

Jom, isi detail di bawah ni:

User Feedback Blog

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !