fbpx
blog najib asaddok

Urus Database secara Efektif!

Blog Najib Asaddok : URUS DATABASE SECARA EFEKTIF

Setiap masa owner bisnes kena cari pelanggan baru ke? Tak tau lagi cara urus database secara efektif?

Ni realiti yang ramai tak tahu lagi. Jangan bagi anda dan team pening kepala nak cari data baru sentiasa. 

 

Tak pernah ambil data dari pelanggan anda? Eh, rugi sangat tu.

Sebenarnya ada satu sistem yang mudah sekarang. Hanya dengan satu klik je, anda dah boleh dapat database macam nama, no tel dan email. 

 

Saya nak share cara urus database secara efektif! Penting tau untuk anda ubah data tersebut jadi pelanggan yang setia. Pada kali ini, saya nak berkongsi dengan anda berkenaan strategi A.P.I.M ini. 

 

 

1. Analyze: Analisa data untuk lebih faham pelanggan

Anda kena faham pelanggan anda dengan buat analisa data yang sedia ada. Paling mudah dengan guna analisis sosial media. Di situ anda boleh lihat statistik dan segmen setiap setiap data. Jom baca tips ringkas yang saya nak beri ini.

    • Segmen Pelanggan: Bila buat analisa, anda dapat kenalpasti pelanggan berdasarkan tempat tinggal, kegemaran dan minat mereka. 
    • Karakter Pelanggan: Untuk faham siapa pelanggan anda, buat satu persona pelanggan yang membeli dengan anda berdasarkan analisa data. Ini akan bantu anda fokus dalam susun “Marketing Strategy”

 

 

2. Personalization: Pengalaman Pelanggan yang tersendiri

Ada dua cara beri pengalaman yang tersendiri kepada pelanggan anda. Pelanggan hari ini rasa dihargai jika kempen itu diadakan khas untuk mereka. Ini tipsnya:

    • Kempen Marketing yang ada Sasaran: Mesej marketing yang relevan dan disesuaikan dengan data pelanggan seperti umur dan pekerjaan. Boleh gunakan emel, media sosial dan iklan berbayar untuk dapatkan mereka.
    • Cadangan Produk: Tawaran yang diberikan ini akan memberi idea kepada pelanggan untuk beli semula produk atau beli produk seakan sama dengan jenama lain berdasarkan minat atau sejarah pembelian.

 

3. Involvement: Tingkatkan Penglibatan Pelanggan

Berhubung dan melibatkan pelanggan dengan “brand” anda adalah cara ketiga untuk menggunakan data dengan baik. Macam mana nak buat mereka terlibat? Baca tips di bawah:

    • Loyalty Programmes: Ganjaran yang diberi kepada pelanggan yang “repeat buyer” dan sering “up-to-date” tentang aktiviti perniagaan anda.
    • Feedback pelanggan: Kalau tak nak syok sendiri, WAJIB dapatkan maklum balas dari pelanggan dan gunakan data ini untuk tambah baik produk/servis anda.

 

URUS DATABASE SECARA EFEKTIF

 

4. Measurement: Ukur dan Nilai Pencapaian

Pantau dan ukur strategi yang dah dilaksanakan untuk tahu sama ada ia berkesan atau tidak. Gunakan data-data yang ada untuk nilai apa yang berguna dan perlu dibaiki. Macam mana?

    • Ada KPI: Key Performance Indicator (KPI) yang digunakan dalam semua perniagaan untuk ukur kejayaan strategi seperti “jumlah jualan yang ingin dicapai”, “bilangan pengikut yang engage di media sosial” dan sebagainya mengikut objektif perniagaan anda.
    • Ujian A/B: Kaedah percubaan yang digunakan sebelum buat secara langsung untuk pastikan kempen marketing lebih berkesan dan tahu audience anda.

 

Untuk dapatkan database, Platform apa yang Sesuai?

Mari dapatkan nasihat bersama  Pakar Digital Marketing di Momentum Digital.

 

Terima kasih jadikan Blog Najib Asaddok sebagai artikel yang anda pilih untuk baca harini.

Kami nak tahu juga maklum balas yang kami perlu improve. Maklum balas dari anda sangat kami hargai.

Jom, isi detail di bawah ni:

User Feedback Blog

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !