fbpx
blog najib asaddok

Professional Bila Layan Pelanggan

Blog Najib Asaddok : Professional Bila Layan Pelanggan

Bila ada buka perniagaan sendiri ni, kena professional bila layan pelanggan. 

Lagi-lagi kalau ada kedai fizikal atau buka booth tepi jalan, di pasar malam atau di kiosk di pusat beli-belah.

Pada kali ini saya nak kongsi 3 cara professional bila layan pelanggan yang datang ke kedai anda.

 

 

1. Perkenalkan Diri dan Nama Perniagaan

“awak jual apa ni”. selalu kita akan dengar soalan macam ni kalau orang datang kedai walaupun dah ada signboard/banner. Salah satu cara macam dibawah.

“Hai nama saya (nama anda). Selamat datang ke (nama perniagaan). Di sini kami ada (apa yang perniagaan anda tawarkan).” Boleh ubah ikut kesesuaian dan situasi.

 

2. Bertanya dan Beri Bantuan

Kemudian, tanya apa yang mereka cari. Bantuan yang macam mana pelanggan perlu.

Contoh, di sebuah kedai kasut. Pelanggan suka dengan sepasang kasut dan perlukan assistant kedai cari saiz yang sesuai dengan pelanggan. 

Contoh yang lain kalau pelanggan di kedai makan tanya macam ni “apa yang best eh kat sini?” Masa ni lah anda cadangkan menu apa yang best.

 

 

3. Bercakap secara Tenang dan Senyum Mesra

Nak panggil pelanggan datang untuk masuk ke kedai kena bercakap secara tenang.

Tenang bukan bermaksud suara perlahan tak bertenaga. Boleh bercakap dengan penuh semangat dan tenang.

Ada pelanggan tak suka dengar suara kuat yang melampau.

Senyuman ni buat pelanggan rasa “welcomed” dan rasa nak membeli. Boleh jadi pelanggan nak beli sikit, terus rasa nak beli banyak. 

Boleh berkongsi tips ni dengan team/pekerja anda terutama yang ada di bahagian “customer service”, “cashier” dan seumpamanya” untuk bersikap professional bila layan pelanggan.

Saya nak anda semua bersungguh-sungguh untuk dapatkan pelanggan. Baca juga Cara untuk Happykan Pelanggan

Apa cabaran anda bila buat marketing?

Dapatkan nasihat dari pakar Digital Marketing bermula di Momentum Digital .

Terima kasih jadikan Blog Najib Asaddok sebagai artikel yang anda pilih untuk baca harini.

Kami nak tahu juga maklum balas yang kami perlu improve. Maklum balas dari anda sangat kami hargai.

Jom, isi detail di bawah ni:

User Feedback Blog

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !