fbpx
blog najib asaddok

Jom Ketahui Jenis-Jenis Business Website!

Bila perniagaan anda semakin maju, anda dah patut fikir untuk buat “business website”.

Cuba bayangkan kalau semua platform media sosial tiba-tiba lenyap, anda masih ada “back up” yang sangat kukuh untuk teruskan berniaga.

Hal ni pernah terjadi pada beberapa usahawan, pendapatan dia dah capai 5 angka. Maknanya perniagaan dia dah sangat besar. Bukan lagi main-main.

Tapi disebabkan tak peka dengan perlunya ada website, dia tak buat langsung website.

Bila media sosial dia lenyap, dia menanggung kerugian. Database hilang, tapak niaga di media sosial hilang dan dia tak ada back up langsung.

Nampak tak betapa bahayanya benda macam ni?

Nak tahu jenis-jenis business website? Di internet ada macam-macam jenis website.

Kalau nak mula buat business website, saya nak anda semua fokus pada 3 jenis ni dulu. 

 

Business Website: Corporate

 

1. Corporate website 

Anda nak orang kenal dan faham tentang peniagaan anda? Anda mestilah kena ada “corporate website”. Design untuk website ini perlu jelas dan professional untuk bina keyakinan “visitors” dan “investors” yang melawat website.

Antara maklumat yang ada dalam website ni tentang perniagaan macam apa sejarah, siapa founder, bila perniagaan tu ditubuhkan, “achievement” yang dicapai, apa produk atau servis yang ditawarkan, testimoni pelanggan dan juga di mana bakal pelanggan boleh hubungi “customer service”.

Tujuan-tujuan “corporate website” ialah menambah bilangan pelanggan baru, bina imej jenama, rujukan untuk orang yang sedang mencari kerja dan pelanggan dapat cari maklumat yang boleh dipercayai.

Dibawah ini contoh-contoh “corporate website” yang Momentum Digital buatkan untuk clients kami:

  1. Mi Karjo
  2. Kunyah Kunyah
  3. MuaraSetiakawan 
  4. Efkeyo 
  5. Tokan Helmet 

 

Business Website: E-commerce

 

2. Ecommerce websites

Untuk siapa yang suka shopping tu kena tau apa itu e-commerce websites. Dalam dunia digital ni, nak beli produk pon online je. Tak kira dalam produk tersebut jenis “digital” atau “tangible”.

Jika anda nak mula menjual, boleh pilih untuk ada website ini supaya pelanggan senang nak beli produk anda. Bakal pelanggan juga boleh tahu secara terus tentang harga dan promosi. Fokus utama e-commerce website lebih kepada jualan produk-produk yang ditawar.  

Jom tengok contoh e-commerce website client kami >>> Flora Zazzy 

 

Business Website: Blog

 

3. Blog

Ini sejenis website yang mana “content” yang terbaru akan keluar di bahagian hadapan. Ramai yang mungkin tahu apa “content” ada dalam blog ni.

“Content” dalam blog ini berbentuk tulisan beserta gambar atau video yang berkenaan dengan topik. Seterusnya akan diterbitkan dalam bentuk artikel atau maklumat umum. 

Jenis “content” pula ada topik tersendiri macam “tips”, “fakta” dan “isu semasa”. Uniknya tentang blog ini adalah perlu sentiasa “updated” dengan benda baru.

Baca juga tentang Kelebihan Website Perniagaan!

Teringin nak ada website perniagaan sendiri? 

Buat Website dengan Mudah  dengan Momentum Digital.

Terima kasih jadikan Blog Najib Asaddok sebagai artikel yang anda pilih untuk baca harini.

Kami nak tahu juga maklum balas yang kami perlu improve. Maklum balas dari anda sangat kami hargai.

Jom, isi detail di bawah ni:

User Feedback Blog

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !