fbpx
blog najib asaddok

Dah ada website perniagaan?

Dah ada website perniagaan

Anda dah ada website perniagaan? Sejauh mana kita nak berharap pada media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan Youtube? Bila-bila masa kalau terlanggar “rules”, kita boleh kena “banned”.

 

Jadi, suka saya nak cerita tentang 3 Kelebihan “Website” Perniagaan.

 

Dah ada website perniagaan (Ada brand identiti)

 

1. Ada “brand identity”

Jika di media sosial, orang lain boleh tiru “profile picture” dan “username” kita. Tak ke susah nanti kalau pelanggan nak cari mana “page business” yang betul?

Sometimes, ada bakal pelanggan yang ada banyak persoalan seperti “betul ke produk di FB ni dari “brand” ni?” “macam mana nak tahu harga produk ni?”.

Di website, pelanggan akan jadi lebih jelas dengan ada maklumat terperinci tentang apa yang anda jual, berapa harganya, cara nak beli produk.

 

Dah ada website perniagaan (Kumpul database pelanggan)

 

2. Kumpul “database” pelanggan

Kedua, “website” juga berguna untuk kumpul “database” pelanggan.

“Database” akan ada bila pelanggan mengisi maklumat asas seperti nama, nombor telefon, emel semasa proses pembelian.

Jenis website yang boleh digunakan untuk mendapatkan database pelanggan adalah landing page, sales page dan banyak lagi. 

Faham setakat ni?

 

 

3. Unik “Domain Website”

Apa itu “domain website”? Domain adalah satu alamat bagi sebuah website.

Bila ada “domain” yang khas untuk laman rasmi kita, orang lain tak boleh langsung nak tiru dan curi identiti perniagaan anda.

Apa lagi kelebihan “domain website” yang unik? Jawapannya, “SEO“.

Best kan? Ini menambahkan lagi kepercayaan  pelanggan untuk rujukan profil syarikat.

 

Teringin nak ada website perniagaan sendiri? 

Buat Website dengan Mudah  dengan Momentum Digital.

 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !