fbpx
blog najib asaddok

5 Peranan SEO dalam Laman Web Perniagaan

5 Peranan SEO dalam Laman Web Perniagaan

Anda ada website untuk perniagaan sendiri? Anda tau tak 5 peranan SEO dalam laman web perniagaan? Website ni macam profile bisnes untuk bakal pelanggan  review bisnes anda. Ni nak tanya, website anda tu selalu ada trafik masuk tak?

Apa guna ada interface website yang lawa but info yang anda bagi tu tak terlalu menarik untuk orang baca. Copywriting kelaut. Website ni kredibiliti bisnes kita.

 

Kalau anda first time dengar tentang SEO, ni saya nak beritahu sikit apa itu SEO. 

Pernah tak bila anda “search” sesuatu di Google lepastu akan keluar “result”. Anda akan nampak website yang di atas sekali. Itulah dia SEO, kata panjangnya Search Engine Optimization. Dia optimizekan apa yang kita cari dan beri yang hasil carian yang terbaik.

So, hari ni saya nak share peranan penting SEO dalam laman web perniagaan ni.

 

 

1. Pengalaman pengguna yang lebih baik

Firstly, anda kena tahu yang SEO ni guna sepenuhnya laman web dan maklumat dalamnya untuk pelawat website ada pengalaman yang best bila guna website tu. Best yang macam mana tu?

If anda scroll2 laman web tu tak sangkut-sangkut, then benda tu akan pastikan result search yang pelawat dapat tu mudah dibaca dan relevan.

 

 

2. Hasil jangka panjang

Apa yang anda fikir apa kaitan hasil jangka panjang dengan SEO ni? Dia macam ni, strategi marketing anda perlu ada jangka masa panjang untuk bagi hasil yang berterusan kepada perniagaan dari semasa ke semasa.

Saya faham, hasil SEO tak dapat dilihat dalam beberapa bulan tapi hasilnya boleh kekal lama dan beri nilai berterusan kepada perniagaan.

 

 

3. Peningkatan trafik

Bila laman web perniagaan muncul di bahagian atas sekali halaman hasil carian. Benda ni akan cenderung untuk dapat klik daripada pengguna yang sedang mencari produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Then, ini juga akan menambah jumlah trafik organik ke laman web, sekaligus perniagaan boleh menghasilkan lebih banyak prospek, sales dan income.

 

 

 

4. Kepercayaan & Kredibiliti

Fourthly, atau yang keempat saya nak bagitau. Peranan SEO dalam laman web perniagaan boleh membina asas yang kukuh bagi laman web yang menarik. Dan saya juga nak cakap yang ini membantu meningkatkan kepercayaan dan kredibiliti jenama serta harta digitalnya.

 

 

 

5. Kesedaran Bertambah

Bila nama website business muncul dekat atas halaman hasil dari enjin carian untuk keyword yang relevan. Overall, anda ada peluang yang lebih besar menambahkan kesedaran kepada bakal pelanggan.

Kesannya, reach lebih meluas, perniagaan ada peluang yang lebih baik untuk dapatkan pelanggan yang kenal dengan brand.

 

 

Hah dah tau kan sekarang SEO ni memang power gila dalam perniagaan. Jadi mesti rasa bestkan bila anda punya website dekat atas sekali. Basically, SEO buat laman web anda lebih nampak kat internet, ramai orang klik, dan jenama jadi lebih meletop. Kalau taknak ketinggalan zaman digital ni, SEO adalah kuncinya!

Jom tengok post saya yang terbaru kat sini  https://www.najibasaddok.com/5-jenis-konten-berkualiti-untuk-tarik-pelanggan/ . Terima kasih. Jumpa lagi semua! Assalamualaikum W.B.T 🙂 

 

 

Reference:

Ramakannan, V. (2023, March 9). What is SEO and Why is it so important for businesses? LinkedIn. Retrieved September 19, 2023, from https://www.linkedin.com/pulse/what-seo-why-so-important-businesses-vinodh-ramakannan/

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !