Susah ke nak buat konten berkualiti? Setiap kali kita buat content, setiap kali tu jugak orang yang tengok tu dapat rasa value yang kita nak bagi. Kalau content anda konten berkualiti, positif dan menarik, lebih ramai orang yang akan suka dan tertunggu next content dari anda. Kalau sebaliknya hmm anda dah boleh fikir-fikir sendiri kenapa engagement content anda tak boleh pergi jauh.
Saya sedar ramai yang mati akal untuk cari idea untuk konten di sosial media. Kalau kita lihat di TikTok, Reels Facebook dan Story Instagram, banyak content viral tapi berkesan ke nak tarik pelanggan untuk sampaikan tentang bisnes kita? Apa yang perlu anda buat?
Jangan give up bila posting yang kita buat tak dapat ramai viewers sebab saya nak ceritakan cara nak pilih Konten Berkualiti Untuk Tarik Pelanggan yang sesuai dengan produk dan business kita ada.
1.Video Di sebalik tabir
Kat sini, kita boleh buat konten berkualiti dalam video ringkas untuk tunjukkan proses cara produk dibuat untuk menambah kepercayaan kepada viewers terhadap brand. Viewers boleh nampak kualiti dalam konten yang kita kongsi ni.
2. Tawaran Terhad dan Diskaun
Siapa je yang tak suka diskaun kan? Saya pun suka. Dia macam rasa cemas dalam diri bila kita nampak konten promosi. 90% off, RM10 off. Apa yang kualitinya konten ni? Mestilah kualiti. Tawaran dalam masa terhad atau diskaun eksklusif kepada pengikut boleh dibuat pada hari-hari penting macam hari gaji dan sambutan perayaan.
3. Storytelling
Manusia ni penuh dengan emosi. Apa yang kita kongsi akan menyentuh feeling viewers. Konten berkualiti akan ada bila orang lain dapat merasainya bersama. Contohnya menceritakan kisah penubuhan perniagaan, bagaimana produk tu boleh membantu dan kesan kepada kehidupan pelanggan kita.
4. Challenge Content
Next, biasa kita tengok macam orang kita ni suka cabaran. Challenge content juga konten berkualiti untuk promot bisnes. Anda boleh cipta konten cabaran untuk menggunakan produk secara kreatif dan berkongsi hasil mereka dengan menggunakan satu hashtag tertentu.
5. Panduan Cara Guna Produk
Lastly, boleh mulakan video dengan tajuk “How to”, so dalam konten video ini, anda boleh menunjukkan cara mengguna produk kerana ini berpotensi untuk pelanggan melihat fungsi produk tersebut. Macamni lah baru ada konten yang berkualiti.
Ok guys, jangan putus asa guys bila posting belum dapat banyak viewers. Sabar dan konsisten dalam memilih konten berkualiti yang sesuai dengan produk dan perniagaan. Saya harap perkongsian 5 jenis konten berkualiti untuk tarik pelanggan ini dapat membantu anda untuk bina semangat anda nak buat marketing.
Nak tau info yang menarik boleh ke website : https://www.najibasaddok.com/. Kalau suka tengok video konten yang bermanfaat, boleh follow Facebook https://www.facebook.com/najibasaddok/
Kita jumpa lagi dalam next konten. Assalamualaikum W.B.T.