fbpx
blog najib asaddok

Kenapa Usahawan Kena Faham Matlamat Business?

3 Sebab Penting Kenapa Usahawan Kena Faham Matmalat Bisnes

3 Sebab Penting Kenapa Usahawan Kena Faham Matlamat Business

Siapa kat sini founder atau owner of the business? Content kali ini saya tulis khas untuk anda yang ada bisnes dan sentiasa nak kekal relevan dalam pasaran. Ada business tapi tak tahu tujuan? Seriously, guys. Jangan buang masa. Bisnes ni kita nak bertahan dalam jangka masa yang lama, sebab tu pentingnya ada planning dan matlamat. Kalau takde memang kelaut la bisnes tu. Kena faham matlamat business bermaksud dah tahu apa yang perlu dilakukan, waktu untuk bertindak dan berupaya menghadapi risiko.

Ni saya nak share kenapa usahawan kena faham matlamat tu sangat penting dalam business.

 

1. Ada action plan

Kalau kita nak pergi satu tempat yang kita tak biasa la kan, kita perlukan waze atau Google Maps untuk bantu tunjuk jalan. Betul ke betul?

Ni lagi lah bisnes yang kita memang plan nak pergi lebih jauh lagi.  Founder atau owner bisnes WAJIB ada action plan. Kalau buat bisnes tapi tak ada arah tuju, siap sedia untuk tengok bisnes anda ketinggalan daripada pesaing lain. Faham ke faham ni? 

 

Penentu Kejayaan Business

2. Penentu Kejayaan Bisnes

Setiap kali masuk tahun baru, setiap kali tu lah azam kita bertukar kan? Sama jugak macam bisnes. Matlamat bisnes setiap tahun bertukar gais. Mana ada bisnes yang matlamat dia sama je setiap tahun. 

Dari sini anda boleh ukur bisnes anda dah berada di tahap mana. Apa benda betul yang anda patut buat. Apa improvement yang anda dan team patut ubah. Semua ni depends on matlamat.

Dengar sini, saya nak tengok dan bantu bisnes anda pergi lebih jauh bukan nak biar anda terkapai macam tu je.. Come on!

 

Perancangan yang Efektif dan Sistematik

3. Perancangan yang Efektif dan Sistematik 

Bukan sahaja founder atau owner bisnes yang kena faham matlamat business ni, team atau staff dalam bisnes tu pon kena tahu. Nak mula benda ni memang payah, tapi bila masing-masing dah fahamkan objektif, setiap orang dah tahu peranan dan apa yang kena buat. 

Dan dari sini lah wujudnya perancangan yang efektif dan sistematik. Anda akan rancang matlamat lima atau sepuluh tahun akan datang bersama-sama team atau staff. Senaraikan berapa bajet yang diperlukan, berapa pekerja yang nak ditambah? Apa strategi sesuai untuk jangka masa panjang dan banyak lagi. Boleh faham setakat ni?

Tanpa memahami matlamat bisnes, founder akan menghadapi kesukaran dalam membuat keputusan strategik berkaitan dengan pertumbuhan dan kesinambungan perniagaan. Faham ke faham, guys?

 

 

Ni lah antara 3 sebab penting kenapa anda kena faham matlamat dan objektif bisnes. 

Tanpa visi dan misi, bisnes boleh tumbang. Tak faham matlamat dan objektif, bisnes boleh huru hara.  So lepas dah tahu ni, cuba tengok balik apa matlamat sekarang, dan cuba tengok sama ada matlamat tu seiring tak dengan impian yang anda nak capai. 

Kalau masih belum faham dan jelas matlamat tu, ubah dulu ya. Dapat sesuatu?

 

Jika perlukan kami untuk bina marketing yang gempak, dapat perkhidmatan dari kami di link ini:  https://www.momentumdigital.com.my/dma/

 

Jom tengok post saya yang terbaru di sini  https://www.najibasaddok.com/5-jenis-konten-berkualiti-untuk-tarik-pelanggan/ .

Terima kasih. Jumpa lagi semua! Assalamualaikum W.B.T 🙂

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !