fbpx
blog najib asaddok

Bajet Ads Terhad?: 3 Teknik Ads yang Berkesan

Bajet Ads Terhad?

Bajet Ads Terhad? : 3 Teknik Ads yang Berkesan Sesuai dengan Bajet Anda

Bajet ads terhad? Anda tahu tak ads dalam marketing ni penting tau untuk orang ingat tentang brand anda. Tentang apa yang anda jual. Hah! Sebab tu kena konsisten. Jangan pernah lupa untuk buat marketing.

Untuk siapa yang tak tau, Ads yang saya tengah cakapkan ni adalah, advertisment, iklan yang selalu kita nampak. Nak buat benda ni kena berbayar dan juga libatkan kos dalam marketing anda juga.

 

Saya faham sangat pada owner bisnes yang baru nak mula buat bisnes tapi hanya ada bajet yang terhad untuk buat ads. Jangan risau, saya cuba untuk bantu anda. Nak ke nak ni?

Jadi harini saya nak berkongsi dengan anda 3 teknik ads yang berkesan sesuai dengan bajet terhad. 

 

 

1. Pilih Platform yang Tepat

Firstly, anda perlu tahu macam mana nak plih platform yang tepat untuk ads anda. Macam yang anda dapat tengok sekarang dah ada banyak media sosial yang anda boleh guna. Facebook, Instagram, TikTok dan Youtube. Ni antara apps media sosial yang boleh guna untuk buat ads.

Yang penting, semua ni ada objektif dan target yang anda nak capai. Ingat, jangan melabur di platform yang salah. Silap-silap lebur macam tu jer, takde hasil. “Memang sedia nangis tepi bucu katil, ok gurau-gurau”…

Sebab tu saya ulang, kena tau macam mana nak pilih platform yang tepat. 

 

 

 

2. Gambar atau Video yang Menarik

Apa yang anda fikir bila mula nak buat ads yang menarik?  Mestilah first sekali kena guna gambar atau video yang berkualiti. Pastikan mesej yang anda nak sampaikan, produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dan apa yang nak digambarkan kepada orang yang tengok tu jelas.

Secondly, ni saya nak kongsikan serba sedikit apa yang penting ialah tunjukkan apa yang bestnya produk atau perkhidmatan anda. Jadinya anda kena tunjuk nilai dan manfaatnya. Then, barulah audiens tertarik dan berminat dengan produk kita. Faham ke faham tu? 

 

 

3. Pilih Bakal Pelanggan yang Sesuai

Last saya nak tanya anda semua. Siapa yang nak beli produk anda? Pak cik makcik? Wanita dah bekerja? Anda kena tahu, umur, tempat dan minat bakal pelanggan.  Dengan faham bakal pelanggan yang sesuai, barulah boleh buat ads yang lebih berkesan sebab kena tepat pada sasaran .

 

So, saya faham sesetengah anda mempunyai bajet iklan yang terhad. Anda masih boleh gunakan teknik-teknik yang saya dah share. Jadinya anda dapat memaksimumkan kesan iklan tanpa perlu membebankan bajet.

Jom guys mula buat ads yang bagi kesan positif pada business dan pastikan setiap ringgit yang dibelanjakan tu tak sia-sia. Dapat sesuatu tak?

 

Saya nak ingatkan lagi kepada anda. Teknik ads yang saya bagi ni Insya Allah dapat bantu serba sedikit kepada anda yang baru mula nak buat ads.

Jika perlukan kami untuk bina marketing yang gempak, dapat perkhidmatan dari kami di link ini:  https://www.momentumdigital.com.my/dma/

Terima kasih. Jumpa lagi semua! Assalamualaikum W.B.T 🙂

 

Ok guys, cuba komen sikit apa lagi yang anda nak tau tentang marketing!

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !