fbpx
blog najib asaddok

TREND AI UNTUK PERNIAGAAN

trend ai

Trend AI (Artificial Intelligence) boleh bantu anda buat “content” lebih menarik & “reach audience” lebih tepat. Cara ini boleh digunakan untuk pelbagai “niche” perniagaan.

Saya nak anda faham, creative material & content yang bagus sebenarnya lebih penting dari setting ads. Setting lah ads power macam mana pun, kalau material ke laut, memang lingkup lah result. 

Gambar AI sekarang dah sesuai guna untuk commercial & advertising use. Kalau nak guna untuk “business & marketing”, kena lah guna gambar yang nampak real, perfect, ada sense of advertising dan tak misleading. 

AI ni datang bukan untuk “replace” kerja manusia tapi nak assist manusia cari idea lagi best & buat decision lebih baik. Bila dah dapat idea, boleh terus “visualize”.

Kemudian, boleh terus kembangkan idea dekat team so semua orang faham vision yang sama.

 

Apa Trend AI untuk perniagaan?

 

trend ai - chatbots & auto-reply

 

1. Chatbots dan Auto-reply

Ada perniagaan yang terima terlalu banyak soalan dari pelanggan sampai team tak cukup tangan nak reply. 

Nak pastikan servis anda baik, layan soalan pelanggan tu kena laju. Kalau tak, dia memang lari ke pesaing lain. 

Chatbots ni akan auto-reply pertanyaan dari bakal pelanggan di sosial media secara automatik.

Setting chatbots untuk respons kepada mesej akan ambil masa. Ini untuk pastikan ia berjalan lancar dan berkesan.

Selepas itu, chatbots yang membantu secara maya ini akan membolehkan team anda fokus kepada tugas yang lebih strategik dan kreatif.

 

Analisa data, trend dan kata kunci

 

2. Analisa Data, Trend dan Kata Kunci (keyword)

Bila guna AI, nak buat analisa data pelanggan akan lebih mudah. 

Kalau dulu, nak buat semua ni ambil masa yang lama. Sekarang AI boleh bantu dapatkan jawapan tak sampai 5 minit.

Data pelanggan macam demografi dan dari mana mereka datang ini akan menjadi satu trend dalam pasaran.

AI boleh kesan kata kunci (keywords) atau perkataan yang pelanggan selalu guna sebelum membeli atau dalam perbualan sesama mereka.

 

cadangan dan penghasilan content secara automatik

 

3. Cadangan dan Penghasilan Content secara Automatik

Ada 7 Jenis Content Marketing yang AI boleh buatkan supaya aktiviti marketing lebih produktif dan efisien.

Berdasarkan data yang anda masukkan, AI akan buat content yang pelbagai dan boleh diubahsuai ikut kesesuaian perniagaan anda.

Contoh seperti penulisan artikel, content di media sosial, laporan tahunan dan content email. 

Share juga kepada team anda supaya mereka sama-sama faham tentang TREND AI untuk perniagaan. Perkara yang paling penting sekali bila berniaga, Kena ambil tahu Target Market anda!

 

Apa cabaran anda bila buat marketing? Dapatkan nasihat dari pakar Digital Marketing bermula di Momentum Digital .

Terima kasih jadikan Blog Najib Asaddok sebagai artikel yang anda pilih untuk baca harini.

Kami nak tahu juga maklum balas yang kami perlu improve. Maklum balas dari anda sangat kami hargai.

Jom, isi detail di bawah ni:

User Feedback Blog

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !