fbpx
blog najib asaddok

Cara Merancang dan Susun “Content Calendar”

content calendar

Apa itu “Content Calendar”? Bila anda nak merancang dan susun “content”, anda kena buat jadual secara kasar. Tidak kira lah “content” untuk di media sosial, kempen atau di e-emel.

Jadi mari kita sama-sama belajar cara untuk “plan” dan “arrange” content calendar supaya nampak hala tuju perniagaan anda.

 

content calendar

 

1. Ada objektif dan konsep buat “content”

Pertama sekali anda kena tahu tujuan buat content. Adakah nak educate orang tentang sesuatu perkara? Atau nak tambah “brand awareness” perniagaan? Ataupun tambah sales? Nak buat content kena ada objektif dan tujuan yang jelas supaya tahu content yang macam mana anda nak hasilkan.

Konsep selalunya berkaitan dengan karakter dan suasana bila nak buat “content”.

Contoh paling mudah ambil contoh Khairul Amin.Karakter sebagai tukang masak dengan resepi simple dan suasana di studio memasaknya. Boleh dapat?

 

pilih platform

 

2. Pilih Platform dan Jenis “content”

Platform yang selalu peniaga guna seperti di 3 media sosial utama iaitu Facebook, Instagram dan TikTok. Kalau di platform META seperti FB dan IG, anda boleh jadualkan “content” anda pada tarikh dan masa yang sesuai.

Untuk jenis content, ada bermacam jenis. Selain yang saya ada sebutkan di 7 Jenis Content Marketing, ada juga “content” podcast dan storytelling.

Pelbagaikan jenis “content” supaya orang tak bosan tengok tapi kekalkan juga konsep branding anda.

 

Kenal pasti “main” dan “sub” content

 

3. Kenal pasti “main” dan “sub” content

“Main” content ni biasanya anda tunjuk apa yang anda tawarkan dalam perniagaan. Masalah yang macam mana perniagaan anda boleh selesaikan. Kalau contoh anda buka gym dan servis personal coach, anda dah selesaikan apa yang “orang nak badan sihat” perlukan. 

“Sub content” pula bila anda tunjuk sesuatu yang anda pakar. Macam bagi “content” nasihat, tips, tutorial, perbezaan itu ini dan kelebihan/kekurangan sesuatu perkara.

Paling penting, sub content ni bukan tujuan nak menjual atau naikkan sales. Lebih kepada educate.

Boleh beza “main” dan “sub” content?

 

Tetapkan waktu "publish"

 

4. Tetapkan waktu “publish”

Bila anda nak “publish” content? Sehari sekali setiap hari? Seminggu sekali atau beberapa kali dalam sebulan?

Tetapkan waktu yang realistik dan pastikan sumber nak buat “content” sentiasa ada.

Waktu publish ni juga penting untuk kekalkan hubungan dengan “followers” dan “viewers”. Kalau buat “content” macam biskut, nanti orang ingat perniagaan anda dah meninggal.

 

content calendar

 

5. Pantau dan semak semula “content” 

Sebelum “publish”, semak semula isi dalam “content calendar” jika ada kesalahan tatabahasa atau typo dalam “content” tu. Bila dah okay dan yakin, boleh terus “publish”. 

Selepas beberapa hari, pantau prestasi “content” dan beri respon pada komen supaya “content” sentiasa relevan dan aktif.

Rancang dan susun “content calendar” ini perlu teliti dan lebih awal supaya teratur, berkualiti dan dapat beri manfaat pada followers/viewers dalam jangka masa panjang.

 

Dapat sesuatu?

Mari dapatkan nasihat bersama  Pakar Digital Marketing di Momentum Digital.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !