fbpx
blog najib asaddok

7 Jenis Content Marketing

content marketing

7 Jenis Content Marketing

“Saya macam blank la.. Apa lagi yang saya boleh buat untuk content marketing? Penat dah perah idea tapi engagement pon sendu” Ada siapa nak tau tak 7 Jenis Content Marketing?

Apa pula content marketing ni guys.. Sini saya nak kongsi. Content marketing ni bila anda nak bantu pelanggan, buat benda berguna, relevan dan menarik yang sesuai dengan minat bakal pelanggan. 

Dalam content marketing tu juga anda boleh share apa benefit dan value yang anda nak bagi pada pelanggan. Apa yang bisnes anda boleh bantu selesaikan untuk bakal pelanggan. 

 

Ada 7 Jenis Content Marketing yang anda semua perlu tahu.

1.Posting di media sosial.

Firstly, content marketing ni selalunya biasa anda nampak di sosial media. Posting juga ada banyak jenis. Ada gambar, ada video, ada yang ada perkataan je. Nak lagi jelas konten apa yang nak dibuat, tak perlu rasa blank lagi, boleh tengok di sini: 5 Jenis Konten Berkualiti 

 

2. Newsletter

Secondly, content ni selalu ada bila anda subscribe email. Anda akan nampak kalau selalu dapat email. Kadang-kadang tentang produk baru, promosi, maklumat terbaru suatu company.

 

3. Infografik 

Ketiga, infografik ni content gambaran maklumat apa yang anda nak sampaikan. Macam nak bagi tips ke, nak tunjuk tutorial ke. Infografik penting untuk orang senang faham, tak terlalu padat dan simple. Faham ke faham?

 

4. E-book

Seterusnya, E-book ni panjang sikit tapi padat info, boleh buktikan anda expert dalam sesuatu bidang tu. Anda boleh jadikan E-book sebagai strategi untuk dapatkan leads dan maklumat bakal pelanggan. 

 

5. Memes dan GIF

Meme dan GIF ni content marketing yang power juga tau sebab boleh buat orang gelak dan relate dengan suatu benda. Ada yang bersifat kelakar, sinis dan yang penting ikut trend. Baru mantap engagement content tu.

Perlu sentiasa ingat, jangan pula disalah guna dan jadi bad marketing. Setuju?

 

6. Blog

Anda ada blog bisnes sendiri? Blog boleh jadi platform untuk anda kongsi pengetahuan atau pandangan yang lebih mendalam. Artikel blog yang relevan dengan industri boleh tarik lebih trafik ke laman web anda. 

Bila tulis konten blog berkualiti, bisnes boleh tambah awareness dan tarik minat pembaca setia.

 

7. Video 

Kalau kita tengok sekarang. Gen-Z lebih tertarik pada platform TikTok sebab dalam tu ada pelbagai bentuk video. Ada video pendek, ada video panjang dan juga ada banyak niche yang menarik tentang video product.

Benda yang trending juga akan senang naik bila content dalam video tu unik dan santai. Bila buat content marketing, kena fikir juga dimana kuasa membeli kita. Dapat sesuatu?

 

 

Anda kena faham dulu apa content marketing yang sesuai dengan bisnes anda, baru apply dalam strategi pemasaran. Anda mesti bangun dan do something untuk buat content marketing supaya terus semangat dan tidak berputus asa.

Jika perlukan kami untuk bina marketing yang gempak, dapat perkhidmatan dari kami di link ini: https://www.momentumdigital.com.my/ 

Jumpa lagi. Assalamualaikum, salam sejahtera. 

 

Ok guys, cuba komen sikit apa lagi yang anda nak tau tentang marketing!

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !