fbpx
blog najib asaddok

3 Kesilapan dalam Mobile Marketing 

3 Kesilapan Mobile Marketing 

Selalunya bila anda nak buat sesuatu dalam marketing, mesti ada masa susah nak buat keputusan. Sebagai usahawan, hari bukan selalunya indah. Saya nak bagitau sebab itu anda perlu elak 3 kesilapan dalam Mobile Marketing ni. 

Ini pertama kali saya sebut tentang Mobile Marketing dalam penulisan saya. Mobile commerce yang saya sebut dalam artikel: 5 Fungsi M-Commerce untuk Perniagaan ni juga termasuk dalam topik Mobile Marketing. 

Jom tengok sama-sama, apa 3 kesilapan dalam mobile marketing yang patut anda elak.

 

 

3 Kesilapan Mobile Marketing 

 

1. Platform yang salah 

Firstly, kesilapan yang sering berlaku adalah bila pilih platform yang tak sesuai dengan minat pelanggan anda. Contoh bila sasaran pelanggan anda dalam kalangan 20-an, orang muda la kan. Lepastu anda peniaga casing phone yang ada banyak design. Mestilah pilih platform yang banyak orang muda guna macam Instagram. 

Setiap platform media sosial akan tarik pelbagai pelanggan yang berbeza. So, kena ingat supaya elakkan dari buat kesilapan ni. Faham ke faham?

 

 

3 Kesilapan Mobile Marketing 

 

2. CTA tak jelas dalam mobile marketing

Kesilapan kedua yang saya nak bagitau anda semua. Bila CTA mobile marketing anda tak jelas, dekat sini saya ada terangkan CTA dalam artikel ini. Jadi apa yang saya nak sampaikan di sini bukan setakat CTA tak jelas. Tak gunakan CTA sebaiknya, tak guna ayat yang betul untuk tarik pelanggan buat tindakan seterusnya.

Strategi seperti Panggilan tindakan (CTA) yang ringkas dan jelas, serta pemilihan platform yang tepat penting untuk pelanggan kembali membeli lagi.

 

 

3 Kesilapan Mobile Marketing 

 

3. Analisa Data Diabaikan

Lastly, kesilapan yang kerap terjadi bila bisnes tu tak rajin nak buat analisa data dalam mobile marketing. Dia macam abaikan je la benda ni. Selalu rasa payah nak tengok kalau ada yang silap bila buat kempen di media sosial. 

Analisa data ni sangat penting tau untuk buat keputusan dalam bisnes. Anda boleh tengok macam mana bakal pelanggan communicate dengan kempen anda, apa yang anda boleh improve dan ubah untuk next kempen. Jelas tak setakat ni?

 

 

Saya harap dalam topik 3 kesilapan dalam Mobile Marketing ni serba sedikit dapat bantu anda untuk faham tentang mobile marketing ini. 

Kalau anda nak pergi ke next level untuk marketing anda, boleh join Next Level Digital Marketing Bootcamp pada setiap hari rabu. Boleh daftar di sini: https://momen.tm/nextlevelmarketing

Jumpa lagi. Assalamualaikum, salam sejahtera. 

 

Ok guys, cuba komen sikit apa lagi yang anda nak tau tentang marketing!

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !