fbpx
blog najib asaddok

3 Strategi Email Marketing Berkesan

3 Strategi Email Marketing yang Berkesan

 

Rugi tau kalau ada data pelanggan tapi tak pernah nak bagi mesej yang penting kat data tu. Hai, Assalamualaikum. Rasanya macam dah lama saya tak share tentang email marketing ni kan. Ni saya nak share something berkenaan strategi email marketing berkesan. 

Oh ye sebelum tu, siapa kat sini yang selalu hantar email dekat subscribers? Ke lebih ramai yang unsubscribe email sebab terlalu banyak spam?

Email Marketing ni penting dalam usaha untuk bina pelanggan. Bisnes kecil sering menghadapi cabaran untuk tulis mesej yang menarik dan berkesan dalam e-mail.

 

Nak tau tak, ada strategi Email Marketing yang berkesan yang saya nak share supaya boleh bantu owner bisnes capai kejayaan dalam digital marketing.

 

Senarai Pelanggan yang Berkualiti dan Isi E-mail yang Bermanfaat

 

1. Senarai Pelanggan yang Berkualiti & Isi E-mail yang Bermanfaat

Firstly, pastikan anda ada senarai pelanggan yang berkualiti dengan orang yang benar-benar berminat dengan produk atau perkhidmatan anda. Senarai pelanggan termasuklah nama, jantina, email dan minat.

Saya nak bagitau yang bila anda nak menghasilkan konten. Anda mestilah hasilkan konten yang bermanfaat, informatif, dan relevan untuk pembaca. Contohnya, artikel, tips, tawaran istimewa, atau latest info.

 

 

Jadual yang Konsisten

 

2. Jadual yang Konsisten

Nak buat strategi email marketing berkesan kena ada jadual penghantaran e-mail yang konsisten supaya pelanggan tahu bila mereka boleh terima mesej dari anda dan sentiasa sedar tentang kewujudan perniagaan anda. 

Saya cadangkan seminggu at least ada dua email yang anda bagi dekat subscribers. Mereka akan rasa dihargai dengan info dan maklumat latest yang anda bagi. Setuju ke setuju?

 

 

Penggunaan CTA yang Jelas

 

3. Penggunaan CTA yang Jelas

Lastly, anda perlu pastikan setiap isi e-mail ada panggilan tindakan yang jelas. Saya panggil ni CTA, Call to Action. Call to Action ni tindakan yang anda nak pembaca buat selepas baca email. Benda ni bantu untuk elak kekeliruan dan bagi arahan tepat kepada pelanggan macam buat pembelian atau isi borang maklum balas.

So, bila jelas panggilan tindakan anda, barulah ada peluang untuk mencapai matlamat pemasaran anda melalui email marketing.

 

Nak tahu tak? Bila anda guna strategi-strategi ini dalam email marketing, bisnes anda akan nampak kesan positif yang diterima termasuk peningkatan sale yang jelas. Sebelum tu, anda semua kena faham dulu artikel ni 3 Sebab Penting Kenapa Usahawan Kena Faham Matlamat Business barulah jelas nak mulakan email marketing.

 Ok guys, cuba komen sikit apa lagi yang anda nak tau tentang marketing!

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !