fbpx
blog najib asaddok

Lepas dah tarik leads, nak kena buat apa?

Lepas dah tarik leads

Lepas dah tarik leads, nak kena buat apa?: 5 Cara Kekal Berhubung dengan Leads

Harini saya nak tanya something.  Apa yang anda terfikir bila sebut pasal leads? Lepas dah tarik leads, nak kena buat apa?

Before that, saya nak terangkan apa itu leads dalam konteks Facebook. Untuk yang belum tahu, Leads dalam Facebook Marketing ni merujuk kepada individu yang berminat dengan apa yang anda tunjukkan di Facebook page. Mereka ni lah bakal pelanggan anda.

 

Anda pernah terfikir macam mana nak dapatkan leads? Macam ni, anda boleh dapatkan leads melalui/dengan pelbagai cara. Antaranya, interaksi pada posting Facebook seperti komen dan private mesej, isi online form dan klik pada Facebook ads. Disini saya selitkan artikel berkenaan  Bajet Ads Terhad?: 3 Teknik Ads yang Berkesan

 

So, harini saya nak share 5 Cara Kekal Berhubung Dengan Leads anda supaya perniagaan sentiasa relevan dalam sosial media.

 

1. Berkomunikasi dan Berinteraksi dengan leads

Lepas Lepas dah tarik leads, takkan nak biar macam tu je? Pertama, anda kena berkomunikasi dan berinteraksi dengan mereka. Ini pon anda kena tengok balik cara yang betul. Kalau anda biarkan, silap-silap leads yang anda ada dah tak berpotensi untuk jadikan pelanggan.

So, kongsi tips dan gaya hidup berkaitan dengan apa yang anda jual. Nampak macam mudah tapi benda ni kena konsisten. Nak buat orang percaya bukan ambil masa yang sekejap. Betul ke betul?

 

 

Lepas dah tarik leads

 

2. Bertanya Khabar leads

Point ni simple dan sangat berguna. Semudah tanya khabar dengan leads boleh kuatkan engagement sebagai seller dan bakal pelanggan. Firstly, kenalpasti apa yang mereka perlu. Bila anda tahu masalah mereka hadapi, mudah la untuk anda bantu selesaikan.

 

 

Lepas dah tarik leads

3. Q&A dan Sesi Live

Siapa yang follow saya di  https://www.facebook.com/najibasaddok/, mesti selalu nampak saya buat live setiap pagi. Kadang-kadang, kita kena selalu tunjukkan diri kita dengan buat live dan buat sesi soal jawab (Q&A). Yang bagusnya bila Founder tonjolkan diri, takdelah nanti keluah istilah. “Founder not found”.

Dalam live, anda boleh jawab soalan dan bagi mereka faham apa yang anda buat untuk perniagaan anda. Then, anda juga boleh cuba selesaikan masalah yang mereka beri di ruangan komen dengan lebih jelas.

 

 

Lepas dah tarik leads

 

4. Posting Doa atau Inspirasi

Selagi kita hidup, cuba bagi manfaat kepada orang lain. Setiap kali anda buat posting doa atau kisah inspirasi, ini mengukuhkan hubungan dengan leads. Bila anda kerap menyebarkan aura positif, ini memberi sentuhan emosi terhadap leads. Nak tahu tak?

Posting doa yang macam ni dapat bagi semangat kepada leads anda untuk terus semangat. Selain itu, mengajak leads anda untuk sentiasa ingat apa tujuan hidup dan apa yang kita kena buat sebagai hamba Allah S.W.T. Faham ke faham ni?

 

 

 

5. Testimoni dan Pengalaman pelanggan 

Lastly, saya nak share tentang testimoni produk atau perkhidmatan dari pelanggan. Kalau anda nak tau, ini juga cara yang berkesan untuk tambah keyakinan dalam kalangan leads anda.

Dekat sini, anda boleh minta pelanggan untuk ceritakan pengalaman dia sebagai pelanggan yang guna produk atau servis anda. Pelanggan tu boleh ceritakan apa yang dia suka, apa yang dia puas hati dan apa result yang dia dah capai. Jelas tak setakat ni?

 

 

Dah ada 5 points penting saya bagi untuk lepas dah tarik leads, nak kena buat apa. Nak ke nak je anda ikut. Then, barulah senang untuk nanti anda nak kenalkan barang dan brand. So, benda semua ni memakan masa puan2, tuan2 dan sahabat semua. Marketing perlukan masa, dia tak boleh bila dah ambil data, waktu tu juga nak menjual. Baiklah, itu sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Assalamualaikum W.B.T Jumpa lagi!

 

 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !