fbpx
blog najib asaddok

5 Fungsi M-Commerce untuk Perniagaan

5 Fungsi M-Commerce untuk Perniagaan: U - C.L.I.P.

Marketing dalam phone atau tablet? Macam mana tu? 

5 Fungsi M-Commerce untuk Perniagaan : U – C.L.I.P.

Sebelum saya nak mula topik tentang 5 Fungsi M-Commerce untuk perniagaan, saya tertanya-tanya. Anda rasa pelanggan anda selalu ada di mana? Jawapan yang paling tepat adalah pelanggan anda ada di mana-mana. Apa kaitan dengan topik Fungsi M-Commerce untuk perniagaan ni dengan pelanggan anda?

Di sini saya nak terangkan. M-commerce ini ialah Mobile Commerce iaitu jual beli barang atau perkhidmatan melalui telefon phone atau tablet. Ini juga termasuk aktiviti seperti membeli-belah (Mobile Shopping), perbankan mudah alih (Mobile Banking) dan pembayaran mudah alih (Mobile Payment).

Jadi, kali ni saya nak kongsi tentang kata kunci 5 Fungsi M-Commerce untuk Perniagaan iaitu U – C.L.I.P.

1. Biasa dan senang ada (Ubiquity)

Firstly, mesti ada yang pertama kali dengar term “Ubiquity” ni. Bahasa mudahnya “biasa dan senang ada”. Mobile commerce selalu terjadi atau sangat biasa ada dekat mana-mana tempat. 

Dengan m-commerce ni juga, pelanggan boleh beli apa-apa tak kira tempat dan masa. Dalam dunia digital ni, pelanggan kita mesti ada telefon bimbit di tangan. Setuju ke setuju? 

 

2. Senang Guna (Convenience)

Next, kita pergi kepada C iaitu Convenience. M-Commerce ni senang sangat nak guna. Lebih-lebih lagi untuk bisnes online. Pelanggan boleh dapat tahu info perniagaan anda guna telefon bimbit atau tablet je. 

Kalau di kedai fizikal, anda boleh guna mobile payment seperti TnG e-wallet atau apa-apa aplikasi yang ada DuitNow supaya proses nak bayar lebih cepat. Convenience dari segi mobile payment ni bila pelanggan akan lebih mudah buat pembayaran secara cashless je. Tak perlu ada sediakan baki wang.

 

 

3. Penyesuaian Lokasi (Localization)

Untuk L ni pula, penyesuaian lokasi. Kalau anda ada buka kedai makan atau apa-apa kedai fizikal, M-Commerce ni ada fungsi untuk mencadangkan kepada pengguna untuk tunjuk maklumat kedai-kedai berdekatan.

Contoh kalau guna app Grab, pengguna boleh pilih untuk beli makanan berdasarkan lokasi yang dekat dengan mereka. Bila dah duduk dekat Shah Alam, takkan nak order makanan dari Kuantan pula kan. Faham ke faham ni?

 

 

4. Berhubung antara satu sama lain (Interactivity)

Kunci kata keempat iaitu I, Interactivity. Benda ni berfungsi bila pelanggan dengan perniagaan anda berhubung melalui aplikasi atau laman web.

Misalnya, dalam m-commerce, pelanggan boleh chat anda guna WhatsApp Business untuk beli barang dan bagi review produk macam yang kita selalu nampak dalam aplikasi Shopee. 

 

 

 

5 Fungsi M-Commerce untuk Perniagaan: U - C.L.I.P.

5. Penyesuaian pengalaman pengguna (Personalization)

Lastly, anda kena tahu kata kunci yang terakhir iaitu P, Personalization. M-commerce ni ada sistem yang disesuaikan dengan data pengguna. Fungsinya untuk suggest barang atau perkhidmatan yang ada kaitan dengan keperluan atau minat individu.

Ramai usahawan tak sedar yang selama ni tak guna sebaiknya mobile commerce. Sebenarnya ramai bakal pelanggan yang anda boleh tarik di mana-mana. Asalkan telefon pintar di tangan. 

Sebelum mula kempen Mobile Marketing anda, baca dulu artikel tentang Platform apa yang sesuai? untuk bisnes anda.

 

Harap perkongsian saya tentang Fungsi M-Commerce untuk perniagaan serba sedikit dapat menambah manfaat pada perniagaan anda. Seterusnya capai matlamat yang anda impikan dalam hidup. 

Jumpa lagi. Assalamualaikum, salam sejahtera. Jangan lupa follow https://www.facebook.com/najibasaddok  

Ok guys, cuba komen sikit apa lagi yang anda nak tau tentang marketing!

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !