fbpx
blog najib asaddok

5 Mitos SMM

5 Mitos SMM

5 Mitos SMM (Sosial Media Marketing)

Anda pernah dengar 5 Mitos SMM? Sekarang kan dunia viral, penuh dengan benda baru. Saya nak tanya siapa sini familiar dengan SMM. Kata lain dia Sosial Media Marketing. SMM ini salah satu strategi pemasaran digital menggunakan media sosial. Antara fungsinya macam bina brand awareness, promosikan produk atau perkhidmatan, SMM ini baru tak baru juga la. 

 

Sebelum pergi lebih mendalam, ada beberapa mitos SMM saya pernah dengar. Ramai juga usahawan yang termakan mitos-mitos ni dan buat sambil lewa untuk mulakan bisnes. Mitos-mitos macam ni tak patut dipercayai dan minda kita kena lebih terbuka pada realiti. 

 

Jadinya, harini saya nak rungkai 5 Mitos SMM (Sosial Media Marketing).

 

Mitos 1: Selalu Percuma

Realiti: Buat akaun media sosial memang percuma, daftar guna email lepastu terus log in kan? tapi kalau nak buat iklan atau promosi yang efektif, kena ada bajet. Tak semua benda selalu percuma. Itulah cabaran dan ujian untuk usahawan. 

Dalam bisnes kalau kita nak lebih, wajib keluarkan modal,  bajet marketing untuk dapat pulangan yang lebih banyak.

 

 

Mitos 2: Kena ada Semua Media Sosial

Realiti: Jangan tamak guys. Kononnya nak ada di semua platform. Shopee nak, Facebook nak, TikTok nak. Terlalu banyak nak fokus, satu pon tak terbuat. Anda tak perlu masuk semua platform media sosial untuk mula berniaga. Sebaliknya, pilih platform yang sesuai.

Ni saya kongsi artikel tentang Platform apa yang sesuai? . Dekat sini anda boleh faham, platform apa sesuai nak guna, yang ramai orang guna dan pilih sesuai dengan bisnes anda. Kena ingat, fokus pada satu je dulu, buat sampai jadi,sampai berkali ganda bagus. Setuju ke setuju?

 

 

Mitos 3: Cepat Dapat Hasil

Realiti: Nak jadi viral, popular dan nampak hasil besar-besar, kena jadi orang bersabar. Kita kena usaha dan terus konsisten. Buat bisnes kena sampai jadi, sampai boleh dapat untung. Untung tu nanti bukan setakat untuk diri sendiri.

Hasil yang anda dapat boleh pulangkan semula pada orang ramai untuk beri manfaat. Tolong mana-mana organisasi macam Madrasah, masjid, masyarakat kita dan anyone yang perlukan bantuan.   

 

 

Mitos 4: Buat posting banyak Lagi Bagus

Realiti: Ini anda kena tengok semula. Kalau anda buat post terlalu banyak, benda ni boleh buat orang bosan, menyampah. Tengok pula posting tu tak berkualiti, copywriting ke laut. Kalau kerap takpe tapi jangan banyak sangat. Yang penting post ada kualiti, konten yang ada manfaat dan tak terlalu banyak. 

 

 

Mitos 5: Hanya Untuk Orang Muda

Realiti: Anda nak tau tak? Semua orang guna media sosial sekarang ni, bukan orang muda je. Bermaksud, majoriti dah ada phone sendiri di tangan. Tak kira umur. Selagi hidup, sihat, semua orang masih ada masa guna sosial media dan ada impian nak jadi hebat dalam bisnes. Jadi bukan orang muda je yang boleh guna SMM ni. Faham ke faham ni?

 

 

So, anda kena ingat mitos-mitos yang saya bagi bila nak buat SMM. Fokus pada apa yang betul-betul berkesan untuk bisnes online anda. Realiti itu tak mudah untuk kita hadap tapi pergilah belajar dan mula bertindak.

 

Baiklah, itu sahaja perkongsian saya pada kali ini. Mudah-mudahan anda semua dapat sesuatu. Jumpa lagi. Assalamualaikum, salam sejahtera. Jangan lupa follow https://www.facebook.com/najibasaddok 

 

 Ok guys, cuba komen sikit apa lagi yang anda nak tau tentang marketing!

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !