fbpx
blog najib asaddok

Persediaan Sebelum Buat Live di Media Sosial

Apa persediaan sebelum buat live di media sosial yang anda kena “take note”?

Takkan nak seorang dua je yang masuk live anda nanti. Kadang-kadang tak ada langsung. Ada pon yang lalu je. Tak berminat pon nak join.

 

Hari ini saya nak anda semua buat persediaan sebelum buat live di media sosial dengan 5 tips ini.

 

Persediaan Sebelum Buat Live : Buat posting notify

 

1. Buat posting Notify

Tujuan posting notify untuk maklumkan pada followers yang anda nak buat live. Dalam posting tu boleh letak tarikh dan masa anda nak buat live supaya followers tak terlepas live anda.

Benda ni juga penting supaya bakal pelanggan tak terlepas bila anda ada buat tawaran terhad dan diskaun untuk produk yang anda jual dalam live nanti. 

 

 

Persediaan Sebelum Buat Live: Line internet stabil & laju

 

2. Line internet stabil dan laju

Internet laju dan stabil ni perkara paling basic untuk persediaan sebelum buat live. Internet wajib kena ada sebelum dan semasa supaya smooth je bila anda buat live.

Kalau ada masalah internet sewaktu buat live, viewers juga tiada masa nak tengok live lagging. Hah kan dah hilang pelanggan berpotensi. Tak nak macam tu ye. Faham ke faham?

 

Tempat dan background yang sesuai

 

3. Tempat dan background yang sesuai

Biasa nak buat live kena tengok tempat dan background juga. Kena pastikan tempat tiada gangguan supaya viewers fokus dengan apa yang anda sampaikan.

Anda boleh jadi kreatif dengan background. Boleh kosong je. Boleh juga letakkan barang-barang jualan di belakang anda semasa buat live. Bila viewers nak tengok produk tu, barulah anda bagi penerangan.

 

Tajuk live menarik

 

4. Tajuk live menarik

Apa yang anda nak tunjuk dalam live tu nanti, itulah juga anda letak dalam tajuk. Tajuk live ni bukan sekadar tujuan nak menjual produk je. Selain itu, sesi sharing knowledge, tips, Q&A, live stream main game dan pelbagai lagi bila nak buat live.

Tajuk macam mana yang boleh tarik minat viewers? Cari idea untuk tajuk yang simple dan kena dengan tujuan live tu.

 

 

5. Kamera dan Audio yang jelas

Kualiti perlu dijaga dengan kamera dan audio yang jelas. Guna camera phone pon okay je untuk yang nak menjual. Kalau untuk audio, boleh dapatkan portable microphone supaya audio tu lebih jelas didengari.

 

Tengok juga Kenapa Kena Buat Live? Ni Saya Bagi 5 Sebab buat Video Live.

Dapat sesuatu?

 

Mari dapatkan nasihat bersama  Pakar Digital Marketing di Momentum Digital.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !