fbpx
blog najib asaddok

Kenapa Kena Buat Live? Ni Saya Bagi 5 Sebab buat Video Live.

Kenapa kena buat live

Kenapa Kena Buat Live? Ni Saya Bagi 5 Sebab buat Video Live.

Kenapa kena buat Live? Anda pernah terfikir sebabnya? Live termasuk dalam Video Marketing. Video ni dapat tarik attention dan dapat bagi mesej dengan lebih jelas dan efektif kepada audiens. Itu tujuan anda perlu ada bila buat marketing. 

Banyak bisnes yang berjaya dan viral sebab mula dari buat video live. Kalau anda kenal personaliti “BangSudu” . Setiap pagi rajin dan konsisten buat live menjual nasi lemak harga RM1 sejak PKP. Selain kesedapan Nasi Lemak itu sendiri, video live itu sendiri buat orang yang tengok curious dan nak cuba juga sebab setiap hari ramai orang beratur panjang untuk beli. Sekarang BangSudu berjaya buka kedai makan sendiri.

Kali ini saya nak share 5 Sebab Buat Video Live dalam marketing.

 

kenapa kena buat live

 

1. Interaksi Secara Langsung

Firstly, kelebihan bila buat video live ni anda dapat communicate dengan audiens.

Contohnya, boleh jawab soalan, baca komen dan terus bagi respon secara real-time. Audiens akan rasa lebih dekat dan tak terlepas apa yang disampaikan.

 

kenapa kena buat live

 

2. Lebih Banyak Perhatian

Video live ni selalu dapat lebih banyak perhatian berbanding video rekod. Antara sebabnya audiens akan bagi reaksi, feedback semasa live.

Jadi masa mereka spent dalam live juga lebih lama.

 

kenapa kena buat live

 

3. Reach Audience Lebih Luas.

Platform media sosial seperti Facebook, TikTok dan Instagram akan mengutamakan video live.

Followers akan dapat notification bila anda mula buat live. Reach ini juga dapat secara organik.

 

Kesan FOMO

 

4. Kesan “FOMO”

Term FOMO yang digunakan gen Z sekarang. Maksudnya “Fear of Missing Out”.

Content video live ini buat audiens tertunggu-tunggu dan rasa seronok dengan maklumat atau promosi. Antara sebabnya mereka “takut rasa ketinggalan” dan sentiasa “up-to-date”

 

Spontan dan Originsl

 

5. Spontan dan Original

Berbeza dengan video di sebalik tabir yang dah rakam. Bila buat live ni macam tengok produk secara realiti. Secara tak langsung anda akan lebih spontan dan original bila jual produk atau buat demonstrasi produk. Contoh bila tunjuk tutorial pakai tudung, anda boleh tunjuk step by step dan juga real-life experience tanpa edit. 

 

Dengan guna video live dengan cara yang betul, anda boleh dapat lebih banyak viewers.

Itu sahaja perkongsian saya pada hari ini . Dapat sesuatu? Ok, ada masa saya share lagi ya! Jumpa next week! Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera. 

 

Ok guys, jom share ilmu ni dan cuba komen sikit apa lagi yang anda nak tau!

 

Jadi yang terawal untuk rebut peluang dalam sesi Next Level Digital MarketingMega ni dan dapatkan E-Book segera disini secara PERCUMA.

Disini >>>> https://www.momentumdigital.com.my/next-level-mega/

 

 

Baca juga:

  1. https://www.najibasaddok.com/3-sebab-penting-kenapa-usahawan-kena-faham-matlamat-business/
  2. https://www.najibasaddok.com/3-kesilapan-dalam-mobile-marketing/ 
  3. https://www.najibasaddok.com/jom-support-lokal-3-cara-nak-kuatkan-branding/

 

 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !