fbpx
blog najib asaddok

Jom Support Lokal! 3 Cara nak Kuatkan Branding

Jom Support Lokal

Jom Support Lokal! 3 Cara nak Kuatkan Branding

Jom Support Lokal! Sekarang lebih ramai yang nak beli produk buatan orang Malaysia sendiri. Seperti yang semua tahu, pada 7 Oktober 2023 di Gaza, Palestin, saudara Islam kita ditindas semula di tanah kelahiran mereka sendiri. Kalau anda lihat di sosial media, satu dunia memboikot produk yang ada kaitan dengan Israel Yahudi Laknatullah. Kini, ramai yang lebih berhati-hati untuk beli barangan harian mereka.

Bukan setakat makanan fast food seperti McDonalds dan KFC sahaja yang diboikot tapi juga dari segi pelbagai industri. Antaranya, brand produk susu, kasut, produk kecantikan, pencuci, snack, teh, supermarket, dan bermacam lagi. Kalau search di sosial media seperti di TikTok, dah berlambak senarai nya.

 

Jadi apa yang saya nak sampaikan pada kali ini adalah formula 3 Cara nak Kuatkan Branding! Ini peluang yang anda perlu guna untuk tingkatkan imej brand bisnes. Formula ini saya namakan P.I.T.

 

 

Jom Support Lokal - Push

1. Push Kualiti dan Nilai

Firstly, anda wajib fokus pada kualiti dan nilai apa yang anda boleh bagi pada produk atau servis kepada pelanggan. Guna nilai yang positif supaya boleh beri impak kepada kehidupan masyarakat. Pastikan hubungan antara kualiti produk dan harga adalah seimbang.

Pelanggan akan cenderung memberi nilai kepada produk yang menawarkan kualiti yang baik pada harga yang wajar. Cara ni dapat tarik dan kekalkan pelanggan sebab mereka puas hati dengan apa yang mereka dapat. Faham ke faham?

 

 

Jom Support Lokal - Invest

 

2. Invest lebih untuk marketing

Dalam marketing boleh sampaikan mesej brand dengan lebih jelas. Boleh cerita apa visi dan misi bisnes anda. Bila anda invest lebih untuk marketing, apa yang bagus bila anda dapat beri respon terhadap perubahan dalam trend marketing. 

Sebelum invest, anda kena faham dulu 5 Fungsi M-Commerce untuk Perniagaan : U – C.L.I.P. Sekarang ni guna phone je nak tau buat marketing. 

 

 

Jom Support Lokal - Transparency

 

3. Transparency dalam Brand

Transparency ini bila pelanggan mudah untuk akses maklumat tentang bisnes. Mudah untuk pelanggan tahu apa yang anda jual, tentang panduan guna produk, lokasi bisnes dan harga produk/servis. Transparency ni juga bila bisnes anda telus macam apa pengiktirafan dan anugerah yang bisnes dah dapat. 

Strategi harga perlu jelas, termasuklah sebarang caj tambahan atau kos. Tak boleh ada kos tersembunyi macam SST untuk tambah Trust di kalangan pengguna.

 

 

Kita sebagai pengguna juga jom support lokal dan ingat formula P.I.T ni!

 

Buat pilihan yang bijak dan ingat ini sebagai jihad kecil anda. Ihzihum! Ihzihum!

Jika perlukan kami untuk bina marketing yang gempak, dapat perkhidmatan dari kami di link ini:  https://www.momentumdigital.com.my/dma/

 

Jumpa lagi. Assalamualaikum, salam sejahtera. 

Ok guys, cuba komen sikit apa lagi yang anda nak tau tentang marketing!

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !