fbpx
blog najib asaddok

Teknik Pemasaran VIU Malaysia

teknik pemasaran

Tengok drama dekat tv je ke?

Nak tau teknik pemasaran VIU Malaysia? Biasa you guys tengok drama kat mana? Dekat tv ke phone? Sekarang ini ada banyak jenis bahasa dalam drama tau. Selain Bahasa Melayu dan English. Ada juga, Bahasa Jepun, Bahasa Korea dan Bahasa Thailand.

Dekat mana nak tengok drama yang ada banyak bahasa ni? Mestilah dekat VIU! VIU ni satu aplikasi yang boleh download dekat Apple Store atau Play Store

“Eh, macam pernah dengar.” Kalau pernah dengar, hari ni saya nak cerita teknik pemasaran VIU!

Teknik-teknik pemasaran ini juga boleh apply dalam perniagaan anda sebab senang faham dan simple jer. 

 

1. Content Promotion

Pertama, Viu buat content promotion. Viu akan promote drama-drama, variety shows dan juga drama Original dari Viu. Maksudnya drama Original ni memang ada di Viu je. Untuk content promotion, Viu akan guna trailer, teaser video dan poster untuk cipta kesedaran dan minat viewers sebab akan ada drama atau show baru.

Macam mana nak apply content promotion ni dalam perniagaan anda? Jom baca lagi.

Perniagaan korang boleh buat content macam “video teaser produk” atau poster iaitu gambaran ringkas tentang produk atau servis yang akan dikeluarkan. Contoh lain macam “Dua hari lagi” untuk pelancaran produk. Leads atau viewer yang tengok pon mesti excited dan tak sabar nak tunggu. Faham ke faham?

 

2. Free-Trial & Offer Price

Kedua, Viu juga ada tawarkan Free-Trial dan Harga offer untuk subscribe app tu. Seterusnya dapat menarik pelanggan untuk cuba servis premium yang tiada iklan. Dah la bisnes baru start, lepastu nak bagi benda free je dekat orang? Bukan macam tu. Anda boleh masukkan strategi ini dalam kos marketing anda juga.

Kalau anda buka kedai makan, anda boleh pertimbangkan untuk beri sampel makanan pada orang awam yang ada potensi untuk membeli. Ikhtiar cara ini akan berkesan untuk menarik pelanggan baru dan menggalakkan mereka cuba produk atau servis anda.

Selain daripada sampel makanan, kedai yang ada khidmat servis boleh tawarkan kupon. Contoh, “Datang 10 kali, dapat 1 Free Slot”. 

 

Macam mana? Boleh ke boleh anda tiruvasi teknik pemasaran VIU ni?

 

Itu sahaja perkongsian saya pada hari ini tentang content branding dan teknik pemasaran VIU Malaysia. Ok, ada masa saya share lagi ya! Jumpa next week! Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera. 

 

 

Baca juga:

1. https://www.najibasaddok.com/hey-wassup-guys-anda-pernah-dengar-tagline-ni/

2. https://www.najibasaddok.com/kekaboo-tudung-bawal-ke-shawl/

3. https://www.najibasaddok.com/5-fungsi-m-commerce-untuk-perniagaan/

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !