fbpx
blog najib asaddok

“Hey Wassup guys!” Anda pernah dengar tagline ni?

Hey Wassup Guys

“Hey Wassup guys!” Anda pernah dengar tagline ni?

“Hey Wassup guys!” Anda pernah dengar tagline ni? Dulu tagline ni kita dengar masa video bulan puasa. Setiap hari mesti tertunggu-tunggu content resepi yang Khairul Aming atau nama penuhnya Khairul Amin Kamarulzaman buat di TikTok atau Instagram. Dan sekali lagi Khairul Aming cetuskan fenomena bila Sambal Nyet, produk keluaran tempatan yang dihasilkan mendapat perhatian ramai.

Khairul Aming ni dah jadi idola ramai anak muda. Ramai cuba nak follow.

Nak tahu tak, ada 3 teknik pemasaran yang dilakukan oleh Khairul Aming sampai Sambal Nyet boleh habis terjual beribu-ribu botol tak sampai beberapa minit. Pada 6 September 2023, Khairul Aming umumkan yang 2.4 juta Sambal Nyet dah terjual bersamaan jualan RM 33.5 juta. Sambal Nyet juga dalam proses untuk membuka kilang kedua. Wow! Hebatnya! Masa mula dulu follower beratus je tapi sekarang dah berjuta-juta. 

 

 

1. Word-of-Mouth

Sini saya nak cerita. Sejak tahun 2016, Khairul dan rakan-rakannya rajin menghasilkan video-video pendek tentang content resepi masakan dan tutorial memasak di sosial media. Kemahiran videografi yang tampak profesional kerana guna peralatan asas untuk shooting video seperti tripod, kamera DSLR dan lampu untuk pencahayaan.

Bermula pada setiap bulan Ramadhan 2018 hingga lah tahun seterusnya, Khairul konsisten dengan buat konten berkonsepkan video projek ’30 video masakan untuk 30 hari puasa’ yang dinantikan-nantikan netizen. Selain itu, setiap kali video ada menggunakan tagline ‘Dapur Lonely’ atau ‘Hey what’s up guys’.

Tagline ini secara tak langsung bagi orang mudah ingat dan bercakap dengan kawan-kawan/family tentang content yang dibuat. Inilah yang dinamakan pemasaran Word-of-mouth.

 

 

 

2. Personal Branding & Influencer Marketing

Pada masa yang sama, ini telah mewujudkan Personal Branding atau Influencer Marketing untuk Sambal Nyet. Macam mana orang kenal produk Sambal Nyet? Sebab mereka kenal Khairul Aming yang jual produk tu. Dah ada Brand Awareness dekat situ. Orang dah mula percaya dan tempting nak beli produk tersebut.

Personal Branding ini memberi kesan bila kita ada sikap konsisten dan disiplin dengan apa yang kita buat. Bila memudahkan dan bagi manfaat orang lain dengan cipta resepi yang mudah dan sedap, netizen pon suka dan juga nak mencuba juga resepi-resepi yang ada seperti daging masak blackpepper, ayam madu, mango bingsoo, ayam tandoori, cupcake pisang caramel dan juga resepi-resepi yang menggunakan sambal Nyet. Contohnya, nasi goreng Sambal Nyet. 

Teknik pemasaran terakhir digunakan untuk boost sale “Sambal Nyet” yang anda boleh perhatikan adalah

 

 

 

3. Live Commerce Social Media

Live Commerce Social Media. Khairul Aming rajin buat live sekurang-kurangnya 2-3 kali dalam seminggu. Bermula di Shopee hinggalah yang paling latest dan trending pada masa kini di TikTok Shop. Korang kena faham yang jual beli dalam live secara online ni dinamakan Live-Commerce.

Nak tau kenapa kena buat live? Boleh baca sini https://www.najibasaddok.com/kenapa-kena-buat-live-5-sebab-buat-video-live/

Dekat sini boleh produk boleh ditunjuk dan dijual secara live kepada audiens. Teknik pemasaran ini adalah gabungan live dan influencer marketing. Kalau-kalau anda perasan, teknik-teknik pemasaran yang saya disebutkan ini juga boleh guna dan implement dalam perniagaan anda. Live boleh dibuat dekat 3 platform.

Boleh tengok sini Platform apa yang sesuai? untuk buat Live.

Baru-baru ini, Khairul Aming diumumkan sebagai Creator Of The Year pada TikTok Awards Malaysia 2023 yang disiarkan secara langsung di TV3.

 

Itu sahaja perkongsian saya pada hari ini tentang content branding. Dapat sesuatu? Ok, ada masa saya share lagi ya! Jumpa next week! Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera.

 

Jadi yang terawal untuk rebut peluang dalam sesi Next Level Digital MarketingMega ni dan dapatkan E-Book segera disini secara PERCUMA.

Disini >>>> https://www.momentumdigital.com.my/next-level-mega/

 

Ok guys, cuba komen sikit apa lagi yang anda nak tau tentang marketing!

 

 

 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !