fbpx
blog najib asaddok

Tudung bawal ke shawl?

Kekaboo Tudung Bawal

Tudung bawal ke shawl?

Pernah dengar tudung bawal brand Kekaboo? Ni salah satu brand tudung yang owner nya seorang lelaki bernama Ahmad Tajudin dan berasal dari Malaysia. Kira barang local la. Kadang-kadang mesti ada girls stres nak cari tudung yang terletak elok. Ramai suka brand ni sebab ada banyak design cantik dan pelbagai. 

Tapi harini saya tak nak cerita pasal tudung, saya nak share macam mana Founder brand Kekaboo ni guna teknik marketing sampai boleh tarik ramai wanita beli brand Kekaboo ni.

Meh saya cerita. Kekaboo ada kilang sendiri di negara ini, lengkap dengan 14 pencetak tudung bawal. Potensi Kekaboo yang berada dalam industri pembuatan tudung ni ada mampu mengedarkannya ke seluruh negara. Mereka fokus dengan R&D produk mereka. Nak mudah cakap mereka banyak buat product research untuk brand ni. Masa starting business, Kekaboo hanya melancarkan 20 rekaan tudung dengan 1,000 helai tudung untuk satu rekaan. 

 

 

Teknik Pemasaran 1 : Analisa citarasa dan tingkah laku pelanggan

Pertama sekali, Kekaboo prihatin terhadap analisa citarasa dan tingkah laku pelanggan. Pada awal penubuhan, owner Kekaboo ni sendiri cabar dirinya untuk design corak tudung yang lebih berkualiti, kreatif dan berinovatif memenuhi citarasa peminat tudung bawal. Perkataan kekaboo itu sendiri mengingatkan kita dengan “pokok kekabu”.

Suatu bahan yang orang selalu guna dalam pembuatan bantal tu. Ciri-ciri yang ada pada kekabu ini sinonim dengan penggunaan fabrik yang jenama ini gunakan iaitu lembut dan ringan. Ditambah dengan fabrik yang tidak luntur warna serta tidak licin memudahkan ia untuk dibentuk dan digayakan dengan cantik.

Selain itu, terdapat juga saiz tudung bidang besar supaya wanita “chubby” pon boleh juga menutup aurat dengan selesa. Citarasa pelanggan juga lebih kepada corak bunga dan abstrak. Disini anda boleh tengok Kekaboo ni ingin memberi setiap wanita untuk cuba pakai tudung bawal ini.

 

 

Teknik Pemasaran 2 : Strategi Harga

Seterusnya, tudung bawal yang dijual secara online ni juga ada strategi harga. Harga mampu milik antara RM25 hingga RM35 sehelai. Rata-rata pelanggan wanita yang beli jenama tersebut datang dari golongan pendapatan sederhana seperti suri rumah, pelajar, pekerja sektor awam dan juga kakitangan sektor swasta. 

 

 

Teknik Pemasaran 3 : Video Tutorial

Akhir sekali, kalau anda lihat di sosial media Kekaboo seperti Facebook dan TikTok, mereka rajin buat video tutorial cara style kan tudung bawal Kekaboo. Kalau anda nak tahu, video seperti tutorial, “How to” ini juga content marketing yang berkesan untuk naikkan sales. Anda kena ingat, content menarik ni mesti unik, berkualiti dan bermanfaat untuk orang lain.

 

 

Itu sahaja perkongsian saya pada hari ini tentang content branding. Dapat sesuatu?

Kalau anda nak pergi ke next level untuk marketing anda, jomdapatkan nasihat digital marketing di sinihttps://www.momentumdigital.com.my/dma/

Ok guys, cuba komen sikit apa lagi yang anda nak tau tentang marketing ! 

Jumpa next week! Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !