fbpx
blog najib asaddok

Pelanggan ada banyak pilihan: 5 Fasa Seorang Pelanggan

Pelanggan ada banyak pilihan

Pelanggan ada banyak pilihan : 5 Fasa Sebelum Bertukar Jadi Pelanggan Anda!

Pelanggan ada banyak pilihan, persaingan pula dalam dunia bisnes ni makin tinggi. Terlalu banyak brand baru yang muncul dan sediakan produk/servis yang hampir sama. 

Apa yang membezakan produk/servis anda dengan pesaing? Jawapannya value! Sebab tu, sebelum membeli, bakal pelanggan ni akan pastikan produk atau servis yang dipilih akan bagi pulangan yang baik dekat mereka. 

Tapi tak semestinya anda tak boleh nak tarik perhatian mereka untuk pilih brand anda. Tenang! Ni saya nak share macam mana 5 fasa seseorang tu boleh bertukar jadi seorang pelanggan. 

Tapi tak semestinya anda tak boleh nak tarik perhatian mereka untuk pilih brand anda. Tenang! Ni saya nak share macam mana 5 fasa seseorang tu boleh bertukar jadi seorang pelanggan. 

 

 

Pelanggan ada banyak pilihan

 

Fasa Seorang Pelanggan 1: Kesedaran (Awareness) 

Firstly, bila someone tu ada kesedaran untuk beli sesuatu dan juga sedar tentang suatu produk atau servis yang ada. Contoh, orang ni nak pergi bercuti tapi nak tau tempat makan sedap dekat tempat tu. So, rakan, family atau orang terdekat ada bagi cadangan/ recommendation kedai makan mana yang best di lokasi tempat bercuti ni. 

Selain tu, kesedaran tu juga boleh ada bila selalu dengar iklan di radio, tengok iklan di tv atau iklan Youtube. Untuk yang ada bisnes, anda dah boleh mula buat kempen awareness. Kalau anda nak tahu macam mana nak buat content awareness yang gempak, boleh tengok content branding di sini: Jom Buat Awareness! 

 

 

 

Pelanggan ada banyak pilihan

 

Fasa Seorang Pelanggan 2: Pertimbangan (Consideration) 

Secondly, bila dah sedar, bakal pelanggan ni juga akan mula nak buat pertimbangan dan berfikir. “Nak beli ke tak eh? Berbaloi ke kalau guna servis kat sini?” Kalau kedai makan, “sedap ke kedai makan ni”. Mereka akan mula search video-video review dan feedback orang lain yang mereka percaya. 

 

 

 

Pelanggan ada banyak pilihan

 

Fasa Seorang Pelanggan 3: Pembelian berlaku (Purchase)

Kalau yang ada kedai buat service, macam klinik gigi,  kedai gunting rambut atau kedai makan, pelanggan akan telefon untuk buat appointment dengan anda. Macam nak reserve meja makan, nak buat pemeriksaan gigi dan nak tanya kedai tu buka ke tak.

 

 

 

Pelanggan ada banyak pilihan

 

Fasa Seorang Pelanggan 4: Setia (Loyalty)

Susah ke nak dapat pelanggan yang setia? Pelanggan setia ni bila dia suka beli apa yang kita jual. Kalau bisnes servis dalam industri makanan. Pelanggan ni akan suka sebab servis best macam makanan sedap dan cepat sampai, tempat bersih dan juga harga berpatutan.

Pelanggan setia ni juga bila dia ikut perkembangan bisnes kita. Follow dekat sosial media macam IG, Facebook, TikTok. Mereka ni nak tau kalau kita ada buat offer, jualan murah. 

 

 

 

Pelanggan ada banyak pilihan

 

 Fasa Seorang Pelanggan 5: Sokongan (Advocacy)

Bila pelanggan tu dah beli, dah suka dan setia dengan bisnes anda, Advocacy ni akan ada. Kalau dekat platform beli-belah macam Shopee atau Lazada. Pelanggan ni akan bagi review yang baik supaya pelanggan akan datang tau yang produk tu elok.

Bila barang pon dia dapat elok, berfungsi, mestilah nak share atau recommend produk tu dengan orang terdekat macam keluarga dan kawan-kawan. Kita kan suka kongsi benda baik. Betul ke betul?

Akhir kata, penting sangat untuk usahawan faham 5 Fasa Seorang Pelanggan supaya tahu cara nak tau siapa pelanggan dan cara nak tarik pelanggan anda dengan lebih berkesan. .

Jika perlukan kami untuk bina marketing yang gempak, dapat perkhidmatan dari kami di link ini:  https://www.momentumdigital.com.my/dma/

 

Jumpa lagi. Assalamualaikum, salam sejahtera. 

 

Ok guys, cuba komen sikit apa lagi yang anda nak tau tentang marketing!

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !