fbpx
blog najib asaddok

Etika dalam SMM Perlu Diikuti! 

etika dalam smm

Elak Viral Makan Diri, 3 Etika dalam SMM Perlu Diikuti! 

Siapa kata Etika dalam SMM tak relevan? Media sosial ni bukan sekadar tempat untuk berkongsi. Apa reaction anda bila scroll media sosial dan tengok ada content sensitif yang tak patut ada dan viral?

Anda sebagai peniaga kena ingat 3 perkara ini.

  1. Jaga privasi dan nama baik jenama.
  2. Jujur dalam menawarkan produk dan servis
  3. Jadi peniaga yang bertanggungjawab dan hormat pelanggan.

Ini semua antara Etika dalam Sosial Media Marketing yang perlu dijaga.

Nak ukur kejayaan sesuatu kempen marketing ni bukan bergantung hanya pada sales. Sales tak cukup untuk kuatkan imej dalam brand. Jadi harini saya nak kongsi 3 Etika dalam SMM (Sosial Media Marketing).

 

 

Etika dalam SMM : Privasi

1. Privasi 

Firstly, jaga privasi di sini ada dua. Pertama, tidak sebar maklumat syarikat yang penting dan juga privasi pelanggan tanpa kebenaran. Bila anda dah dapat data pengguna, kenalah juga jaga privasi mereka. 

Bila ada bisnes ni, kena asingkan kehidupan bisnes dan kehidupan peribadi. Kalau perniagaan anda nak buat survey pelanggan guna website, kena pastikan ada anti-virus untuk protect data pelanggan. Setuju?

 

 

Etika dalam SMM : Kejujuran

 

2. Kejujuran 

Dalam SMM, tak sepatutnya guna gaya pemasaran tradisional yang ‘putar-belit’. Dalam iklan kat TV nampak indah, nampak Wow je, tapi realiti tak sama apa yang digambarkan. Orang putih kata,”Be transparent”.

Sekarang dunia digital. Orang akan semak fakta dan value bila berniaga kena ada. Bukan cakap kosong je. Bila viral je isu yang buruk tentang bisnes, melingkup la. Jadinya, kita kena jujur untuk kekalkan reputasi perniagaan. Faham ke faham?

 

 

Etika dalam SMM : Tanggungjawab

 

3. Tanggungjawab

Kesilapan semestinya akan berlaku; mana ada orang tak pernah buat silap. Cuma jangan ulang kesilapan tu. Bila pelanggan ada buat komplain atau aduan yang sah dan ada bukti, timbul masalah lain. Jangan risau, anda boleh ambil 3 langkah ini:

  1. Akui: Ketahui apa masalahnya dan cuba selesaikan situasi.
  2. Minta Maaf: Jika seseorang marah, cuba tenangkan dean minta maaf; kemudian tentukan penyelesaian yang sesuai.
  3. Bertindak: Jangan bertindak melulu. Tenang untuk berfikir. Buat suatu perubahan untuk improve bisnes. Beritahu pihak yang membuat aduan bahawa masalah tersebut sedang ditangani.

 

Dapat sesuatu?

 

Boleh tengok disini, artikel berkaitan SMM (Sosial Media Marketing):

  1. 5 Mitos SMM 
  2. 5 Fungsi M-Commerce untuk Perniagaan : U – C.L.I.P. 
  3. 5 Peranan SEO dalam Laman Web Perniagaan 

Jika perlukan kami untuk bina marketing yang gempak, dapat perkhidmatan dari kami di link ini:  https://www.momentumdigital.com.my/dma/

Jumpa lagi. Assalamualaikum, salam sejahtera.

Ok guys, cuba komen sikit apa lagi yang anda nak tau tentang marketing!

Terima kasih jadikan Blog Najib Asaddok sebagai artikel yang anda pilih untuk baca harini.

Kami nak tahu juga maklum balas yang kami perlu improve. Maklum balas dari anda sangat kami hargai.

Jom, isi detail di bawah ni:

User Feedback Blog

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !