fbpx
blog najib asaddok

Jual produk kecantikan? Dah buat 3 content ni ke belum?

Jual produk Kecantikan

Anda jual produk kecantikan? Dah buat 3 content ni ke belum?

Kalau anda jual produk kecantikan lokal, saya percaya ramai masih ragu-ragu nak buat apa nak naikkan brand ni.

Kalau kita tengok dalam pasaran sekarang, bukan main banyak pesaing. Dari luar negara banyak masuk dalam pasaran Malaysia macam Korea dan Japan. Cara mereka perkenalkan produk juga guna artis terkenal.

Sekarang waktu terbaik untuk anda tonjolkan produk kecantikan lokal. Kenapa ye? Sekarang kuasa membeli dah ke arah memboikot jenama yang menyokong Zionis Israel. Macam mana nak naikkan brand produk kecantikan ni? Jom tengok sama-sama 3 Content untuk bisnes kecantikan yang saya nak kongsi harini.

 

 

Jual produk Kecantikan

 

1. Live jual produk kecantikan

Dekat sini, bakal pelanggan boleh tanya direct tentang produk dan mengadu masalah mereka. Kalau ada hire pekerja untuk menjual dalam live, penting untuk beri product knowledge kepada mereka sebelum mula buat live.

Bakal pelanggan mungkin tak beli terus kalau anda beri jawapan tapi mereka dah termasuk dalam fasa pertimbangan iaitu Consideration. Anda kena faham fasa seorang pelanggan. Boleh baca disini untuk lebih lanjut: Fasa Seorang Pelanggan sebab mereka ada banyak pilihan bila nak membeli.

 

 

 

Jual produk Kecantikan

2. Promosi Sempena

Anda boleh ambil contoh jenama-jenama yang terkenal. Jenama produk kecantikan tak kira untuk kosmetik, alat solek ni kalau anda lihat selalu konsisten buat promosi sempena.

Macam promosi untuk Krismas, untuk hari Raya, Hari Gaji. Kan kalau promosi selalu akan dibuat pada awal bulan atau hujung bulan. Pernah nampak yang tengah bulan? Jarang ada sebab orang dah habis bayar komitmen. Kena pilih the right time for the great result bila buat promosi sempena ni. Faham?

 

 

 

Jual produk Kecantikan

3. Maklumat tentang Produk Kecantikan

Sekiranya ejen dan stokis nak terus meroket dalam bisnes , anda kena sentiasa ingat bila kita beri lebih, kita akan dapat lebih. Tak rugi pun kalau anda berusaha untuk bantu pelanggan dengan beri penerangan sebab setiap pelanggan anda ni tak sama, semua orang ada masalah yang berbeza jadi step penggunaan produk juga akan berbeza. Faham ke faham ni? 

Jadi, beri lah penerangan mengenai produk kecantikan tu lebih jelas, mendalam dan apa step tambahan yang pelanggan perlu ikut untuk dapat result yang terbaik. Baru lah pelanggan suka dan percaya pada kita.

 

Jika perlukan kami untuk bina marketing yang gempak, dapat perkhidmatan dari kami di link ini: https://www.momentumdigital.com.my/dma/

Jumpa lagi. Assalamualaikum, salam sejahtera. 

Ok guys, cuba komen sikit apa lagi yang anda nak tau tentang marketing!

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !