fbpx
blog najib asaddok

Susah buat bisnes servis ? Buat 3 content ni untuk tarik pelanggan!

susah ke bisnes servis

Susah ke buat bisnes servis? Buat 3 content ni untuk tarik pelanggan!

Susah ke buat bisnes servis? Bila ada sosial media, orang akan ingat yang nak buat sales ni mudah je bila viral. Kalau anda nak tahu susah juga ye, apa yang anda kena buat? 

Dalam niche servis ni, ada banyak cabaran nak menonjol di sosial media. Banyak perkara kena buat, pelbagai taktik dan strategi kena laksanakan untuk diketahui ramai orang. Oleh sebab itu lah, anda kena buat banyak sharing tentang servis bisnes anda. Lebih banyak sharing, lebih mudah orang nak kenal dan ingat.

Jadinya, anda tahu ke macam mana bisnes servis ni? Antaranya ialah pest-control, salon rambut, servis elektrik macam wiring, tukang urut, cuci kereta, pemotong rumput, tukang jahit, personal shopper, house cleaning, bengkel kereta dan banyak lagi. 

Jadi content apa yang anda patut share?

Harini saya nak kongsi 3 Content Viral yang anda patut guna kalau anda dalam bisnes servis.

 

susah ke bisnes servis

 

1. Storytelling tentang bisnes servis

Dalam content ni, ceritakan servis anda ni tentang apa, apa yang anda tawarkan dan untuk siapa. Cara ni, bakal pelanggan akan lebih jelas dan terfikir “Ouh iyelah, aku perlukan servis macam ni”. Nak viral, kena ada awareness dulu. Orang kena kenal dulu dan sedar kehadiran bisnes servis tu.

 

 

susah ke bisnes servis

 

2. Tutorial tentang bisnes servis

Dekat content tutorial ni, anda boleh tunjuk cara atau proses servis anda ni berlaku. Contoh saya nak bagi disini, kalau anda buat bisnes servis house cleaning. Tunjuk apa alat-alat yang digunakan, berapa lama boleh buat servis tu dalam satu masa dan lokasi yang anda boleh tawarkan servis. Contoh boleh cover area Johor je atau satu Malaysia.

Tunjukkan kualiti servis. Tak perlu terlalu detail, tunjuk point penting je supaya orang senang ingat. Contoh video yang boleh dibuat, time-lapse video. “Eleh, kemas rumah boleh buat sendiri la” Kalau dapat komen macam ni, abaikan je. Biasa la tu ada komen macam ni sebab mereka bukan target market anda tapi orang lain ada yang perlukan servis macam ni.

 

susah ke bisnes servis

 

3. Tips tentang bisnes servis

Lastly, orang kita suka dengar tips tapi tak ramai yang mampu amal dan buatkan. Contoh, anda buat servis pest-control. Dah banyak la kan anda buat content yang macam dua kat atas ni. Sekali anda dapat komen “Macam mana tak nak ada semut di rumah”.

Anda pun keluarkan la segala kepakaran yang anda ada, bermacam tips yang telah bagi. Anda ingat semua orang rajin ke nak buat semua tips. Dekat situ, orang dah percaya dengan kredibiliti anda. Ramai lagi yang masih perlukan servis anda.

 

Sebenarnya anda dah patut tahu apa niche bisnes anda. Nanti mudah anda nak buat Content Marketing. Dah tau jenis content untuk servis? Jom baca macam mana nak buat 3 Step Content Marketing!

Jika perlukan kami untuk bina marketing yang gempak, dapat perkhidmatan dari kami di link ini: https://www.momentumdigital.com.my/ 

Jumpa lagi. Assalamualaikum, salam sejahtera. 

Ok guys, cuba komen sikit apa lagi yang anda nak tau tentang marketing!

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !