fbpx
blog najib asaddok

3E dalam Content Marketing

3E dalam Content Marketing

Sebab orang luangkan masa di sosial media (3E dalam Content Marketing)

Kena ada 3E dalam content marketing. Jadi, tengok semula fokus perniagaan anda dalam sosial media, tak kira Facebook ke Instagram ke Tiktok. Adakah nak target agent untuk jualkan produk? Yang ini dinamakan B2B (Business-to-Business).

Atau  fokus anda terus kepada customer yang nak membeli  juga anda boleh faham sebagai B2C (Business to customer)? Untuk usahawan yang nak mula buat apa-apa content, anda kena faham dulu sebab orang luangkan masa di sosial media. Pada kali ini saya nak kongsi tentang 3E dalam Content Marketing.

 

3E dalam Content Marketing - Emotions

 

1. Emotions (Emosi)

3E pertama saya nak sampaikan adalah emosi. Buat content dengan guna emotional value 

Saya bagi contoh, Nike. Siapa yang tak kenal Nike? Kalau anda nak tahu, slogan Nike “Just Do It” buat viewers rasa semangat dan ada mindset “buat je dulu” untuk dapatkan goals yang mereka nak capai. 

Ada satu phrase yang saya belajar, “Without Desire, There is No Fire”. Jadi, sama lah dengan Emotions dalam Content Marketing. Anda kena gerakkan emosi pada viewers untuk kenal bisnes anda. Kalau takde emotions dalam content, pelanggan pun tiada desire nak engage dan ambil tahu.

 

3E dalam Content Marketing - Entertainment

 

2. Entertainment (Hiburan)

Kedua adalah entertainment. Ni sebab yang paling ketara kita boleh nampak orang luang masa di internet. dan juga benda yang susah untuk jadi “Hit” atau “Viral”. Biasanya content hiburan ni ada karakter sendiri untuk pikat viewers dan konsisten dengan karakter tu. 

“Susah kalau orang nak faham kalau macam ni” “Kenapa la posting dia ni tak best, bosan pulak tu”  Ini komen yang kita nak elak dari viewers. Faham ke faham?

 

3E dalam Content Marketing - Education

3. Education (Pengetahuan Baru)

Dalam content marketing ni, apa yang anda boleh bagi untuk education? Education dalam konteks lain macam sharing tips, bagi petua yang anda tau. Pelanggan pun perlukan sesuatu daripada anda semua.

Jadi, anda perlu faham apa yang anda nak bagi pada bakal pelanggan. Barulah boleh ambil langkah untuk bagi something. Contohnya, buat sharing dalam Facebook Live, video pendek macam reels, buat 10-15 minit pun orang tengok.

 

Ini 3E yang saya nak share pada anda semua. Selagi kita menambah nilai hidup orang lain, bagi manfaat.  Tak dapat banyak, sikit pun jadi lah untuk bagi semangat untuk diri sendiri. Betul tak? 

 

Jika perlukan kami untuk bina marketing yang gempak, dapat perkhidmatan dari kami di link ini:  https://www.momentumdigital.com.my/dma/

 

Itu sahaja perkongsian saya pada hari ini . Jumpa lagi. Assalamualaikum, salam sejahtera. 

Ok guys, cuba komen sikit apa lagi yang anda nak tau tentang marketing!

 

Rujukan:

Servantes, D. (2018, September 6). Three E’s of Content Marketing. Entertaining, Emotional, and… | by Dan Servantes | GHStrategic. Medium. Retrieved December 1, 2023, from https://medium.com/ghstrategic/three-es-of-content-marketing-b77cb7d14937 

 

Baca juga:

  1. https://www.najibasaddok.com/jom-support-lokal-3-cara-nak-kuatkan-branding/
  2. https://www.najibasaddok.com/kenapa-kena-buat-live-5-sebab-buat-video-live/
  3. https://www.najibasaddok.com/google-search-labs/ 
Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !