fbpx
blog najib asaddok

Platform Video Marketing Semua Wajib Tahu! Betul ke ni?

Platform Video Marketing

5 Platform Video Marketing

Anda nak tau platform video trending dan efektif untuk marketing tahun 2024? Macam biasa pada kali ini saya nak berkongsi tentang video marketing. 

Bila buat marketing, anda kena follow the trend. That’s why anda sebagai owner bisnes perlu tahu platform video marketing yang sesuai dengan niche dan sasaran pelanggan. 

 

Platform Video Marketing - Youtube

 

1. Youtube

Kalau anda nak tahu, statistik 2022 dari WyzOwl ada keluarkan fakta yang 78% marketers setuju Youtube adalah platform paling efektif untuk buat video marketing.

Youtube jadi pilihan ramai sebab banyak jenis video, kualiti video HD dan senang nak cari maklumat. Banyak syarikat guna fungsi Youtube Ads untuk buat orang kenal produk mereka.

 

Platform Video Marketing - LinkedIn

 

2. LinkedIn

Macam mana pula LinkedIn boleh jadi platform yang efektif untuk video marketing?

Ramai yang ingat LinkedIn ni tempat untuk golongan profesional dan cari kerja. Bukan itu sahaja ye. Dekat platform ni, anda boleh kongsi video tentang perniagaan anda untuk tambah networking. Faham setakat ni?

 

Platform Video Marketing - Instagram

 

3. Instagram

Macam platform lain boleh post video, Instagram ada fungsi save video dan letak di bahagian highlight.

Jadi bila pengguna melawat profile perniagaan, mereka akan nampak video highlight dan mungkin berminat untuk tahu lebih lagi tentang aktiviti perniagaan ni Instagram.  

 

 

4. Facebook 

Otai segala socmed tapi no.4 dalam ranking sebagai platform video yang efektif . Pengguna Facebook sekarang lebih kepada generasi yang berumur 30 dan ke atas.

Tumpuan seorang viewers semakin singkat dan lebih suka tengok result segera. Kalau anda perasan platform ni lebih kepada berkongsi berita dalam bentuk teks. 

 

TikTok

5. TikTok

Yang terakhir, TikTok. Banyak pesaing yang sedang naik dan berlumba-lumba untuk naik di platform ini. Kalau perniagaan anda nak pergi lebih jauh, kena guna TikTok sebab tengah trending dan efektif untuk marketing. Boleh guna sound  dan cara promosi yang trending untuk dapat “Reach” dan “Awareness”.

 

Bila anda dah pilih platform mana untuk video marketing, kena juga faham konsep 3E dalam Content Marketing. Anda kena faham kenapa orang guna sosial media supaya tahu nak buat content sesuai dengan sasaran pelanggan. Dapat sesuatu?

 

Ada masa saya share lagi ya! Jumpa next week!

Ok guys, cuba komen sikit apa lagi yang anda nak tau tentang marketing!

 

 

Rujukan:

Wyzowl. (2023). Video Marketing Statistics | New Data For 2023. Wyzowl. Retrieved November 28, 2023, from https://www.wyzowl.com/video-marketing-statistics/ 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !