fbpx
blog najib asaddok

Kena ambil tahu Target Market anda!

Blog Najib Asaddok : Target Market

Ramai owner bisnes abaikan sasaran pelanggan atau tak ambil tahu target market dalam bisnes ni.

Sedangkan kalau nak capai sales yang tinggi, kita kena tahu bisnes ni nak target siapa. Senang cerita kenal bakal pelanggan kita tu. 

Bila anda mula berniaga, “target market” adalah antara perkara penting yang anda perlu ambil tahu dan faham supaya tahu cara nak pikat hati mereka. 

 

 

Apa itu Target Market?

Target market ini adalah sasaran sesebuah perniagaan untuk dapatkan pelanggan yang berpotensi dengan ciri tertentu dari segi buat pembelian produk atau penggunaan servis. 

Kenal pasti target market penting untuk perniagaan dalam proses membuat keputusan terutama dalam strategi marketing.

Contohnya dari segi cara nak iklankan produk/servis, siapa pembeli, nak jual secara offline atau online dan apa konten berkualiti untuk tarik audience di sosial media.

 


 

Anda sendiri perlu jawab 2 soalan yang saya sediakan di bawah dan saya beri contoh jawapan berwarna biru sebagai panduan:

1. Apa masalah bakal pelanggan yang anda nak selesaikan?

Bantu selesaikan masalah rasa lapar dan teringin nak makan pada waktu malam

2. Adakah produk/servis yang akan ditawarkan ini dapat selesaikan masalah tersebut?

Ya, memasak dan menjual pelbagai jenis burger dan hidangan sampingan sampingan seperti kentang goreng rangup, coleslaw dan onion rings.

Macam mana nak tahu lebih mendalam tentang  “target market” lepas dah jawab soalan-soalan di atas ni? 

 


 

Jom saya bawa anda untuk faham 3 Segmen “Target Market”:

3 Segmen “Target Market”:

1. Demografik

Maklumat paling asas seperti kumpulan umur, jantina, tingkat pendapatan, status, jenis pekerjaan dan tahap pendidikan. Jom baca untuk lebih terperinci

    • Umur: remaja, kanak-kanak, orang bekerja dan orang tua.
    • Jantina: lelaki dan perempuan
    • Tingkat pendapatan: B40, M40, T20 atau semua.
    • Status: Bujang atau sudah berkahwin
    • Jenis pekerjaan: Antaranya, bidang perkhidmatan (bomba, polis, askar, cikgu, peguam), bidang perubatan (nurse, doktor), bidang keusahawanan (pemborong, peniaga runcit) dan sebagainya.

Tak perlu penuhi semua dalam segmen demographic ini sebab yang paling penting anda faham siapa sasaran pelanggan anda.

2. Geografik

Di mana pelanggan anda? Di seluruh Malaysia atau di Daerah sekitar tempat anda berniaga sahaja? 

3. Psikografik

Berkait rapat dengan demografik dan lebih kepada ciri-ciri psikologi seperti tentang cara hidup, minat dan kepercayaan. Lihat contoh saya beri dibawah:

    • Cara hidup: mewah atau berjimat-cermat.
    • Minat: suka barangan hobi untuk isi masa lapang macam camping, memancing, sukan, memasak, buat kek dan sebagainya.
    • Kepercayaan: lebih kepada aktiviti keagamaan seperti beli telekung, mashaf Al- Quran dan sejadah untuk yang beragama Islam. 

Ingat! Kena ambil tahu target market bisnes anda ye.

Mudah ke mudah? Dari target market ini, anda boleh dapatkan leads yang berkualiti.

Jom Urus Database leads anda untuk dijadikan sales disini >>>>> VIDEO PANDUAN BINA DATABASE JADI SALES

Terima kasih jadikan Blog Najib Asaddok sebagai artikel yang anda pilih untuk baca harini.

Kami nak tahu juga maklum balas yang kami perlu improve. Maklum balas dari anda sangat kami hargai.

Jom, isi detail di bawah ni:

User Feedback Blog

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !