Potensi Pasaran Di Utara Malaysia & Peluang Untuk Usahawan Utara

Banyak bisnes tak boleh berkembang bukan sebab teknikal, bukan sebab masalah dalaman, tapi punca utama adalah mereka tak kenal pun siapa, berapa target, apa angka yang bisnes dia perlu kejar.

Bila bisnes tak letak matlamat dari segi jumlah sales, berapa bilangan pelanggan, confirm saya percaya bisnes dia langsung tak boleh nak grow sebab tak tahu mana destinasi nak dituju.

Bila anda tak set matlamat berapa sales nak capai dalam setahun, anda sebenarnya sedang membunuh bisnes anda sendiri. Sebab itu saya nak berkongsi dengan anda khususnya usahawan di Utara tentang potensi pasaran yang ada.

Bila anda tahu potensi, baru anda tahu sebenarnya berapa yang anda nak bantu untuk bolehkan bisnes anda sustain. Anda kena tahu berapa yang anda nak dapatkan supaya anda boleh achieve target sales harian, mingguan, bulanan malah setahun lamanya.

Semuanya WAJIB diukur, WAJIB kena ada nombor supaya anda tahu level bisnes anda dimana.

Di Penang sahaja, penduduknya ada seramai 1.7 juta orang. Dari 1.7 juta orang, seramai 1.5 juta penduduk memiliki akaun Facebook dan seramai 760,000 pengguna Facebook adalah berumur antara 25 tahun hingga 44 tahun. 25 – 44 tahun adalah sasaran paling ideal kerana golongan ini yang mempunya kuasa membeli.

Di Kedah pula ada seramai 2.07 juta orang penduduk manakala pengguna Facebook ada seramai 1.3 juta orang. Bilangan penduduk yang mempunyai kuasa membeli, iaitu diantara umur 25 – 44 tahun adalah seramai 790,000 orang.

Perlis pula mempunyai seramai 457,000 penduduk dan separuhnya darinya, 260,000 merupakan pengguna Facebook. Pengguna Facebook yang berumur antara 25 – 44 tahun adalah seramai 110,000

Saya nak tunjukkan pada anda sebenarnya potensi pasaran yang anda boleh masuk ada ramai. Berapa ramai tu? Kalau ditambah seluruh pengguna Facebook yang berumur 25 – 44 tahun untuk ketiga-tiga negeri ini adalah berjumlah seramai 1,660,000 orang yang ada kemampuan untuk buat pembelian secara online.

Jadi, diantara 1,660,000, berapa yang sebenarnya anda nak target untuk hit sales sejuta pertama anda?

Sebab itu, bila anda angka yang anda nak kejar, barulah anda tahu strategi apa nak guna, teknik dan cara apa nak capai dan method apa nak guna untuk pengaruhi prospek-prospek ini.

Dalam Kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM), saya banyak tekankan pada usahawan untuk fokus dan kenal betul-betul siapa yang kita nak. Mustahil bila anda onlinekan bisnes anda tapi sales tak masuk ataupun krik-krik.

Saya juga kongsikan dengan usahawan strategi yang berkesan untuk jadikan bisnes / brand anda mudah nampak dan dikenali dengan Formula Online Rocket Marketing yang betul-betul proven sukses.

Saya ada ada beberapa anak murid yang berniaga di Utara seperti Pn. Zairawati (klik sini), Chacha (klik sini), Chef Azahari (klik sini), Fyzara (klik sini) yang masing-masing buat result. 

Semua mereka bermula dari kelas yang sama iaitu Kelas RPM. Kebetulan pula hujung minggu ini saya akan sampai ke Penang untuk berkongsi dengan anda dalam Kelas RPM, anda wajib ambil peluang ini. Sebab ini merupakan kali pertama dan juga kali terakhir yang saya akan turun untuk tahun ini. 

Kalau anda serius nak tahu cara bagaimana bisnes anda boleh menguasai sebahagian pasaran yang ada dalam utara, anda kena ambil peluang ini. 

Anda boleh ke www.NakTarikPelanggan.com untuk dapatkan tempat anda dan hadir untuk saya boleh kongsikan teknik rahsia yang berjaya bantu ramai usahawan grow dari ‘0’ kepada 5 hingga 6 angka sebulan.

Jangan biarkan bisnes bertakuk lama pada tahap sama. Sekarang adalah masa untuk anda upgrade dan update bisnes anda. Pelanggan dah berubah cara tapi malang bisnes yang masih bodoh tak nak ubah cara. Keputusan bijak ditangan anda.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !