fbpx
blog najib asaddok

MESIN ‘DIMSUM’ SAMPAI OVERHEAT SEBAB ‘NON-STOP BEKERJA’

Saya percaya orang yang buat tindakan dengan sungguh-sungguh, dia akan peroleh kejayaan yang dia inginkan.

Ini yang berlaku pada student saya ni, Pn. Rosnah Bt Ahmad atau nama panggilannya Chacha yang bersungguh-sungguh buat tindakan dan akhirnya beliau dapat hasil yang sangat-sangat beliau tak sangka. Beliau bersungguh datang ke Shah Alam untuk hadir ke Roket Pemasaran Momentum (RPM) walaupun rumahnya terletak jauh di hujung utara Malaysia iaitu Perlis.

Chacha ‘decide’ nak upgrade ILMU dengan Najib Asaddok di Kelas RPM. Tapi Chacha ni ada satu perangai degil, dia kata “buat apa duduk belakang, baik tambah sikit pi duduk depan!”. Chacha ambil keputusan untuk duduk seat paling depan sebab nak tengok sendiri dengan mata kepala dia, betul ke apa yang dia dengar pasal saya.

Habis saja program Chacha jadi tak senang duduk sebab dah macam-macam dia dapat tapi tak tau nak mula mana. “Adoi..pening la saya ni cikgu!” “4 kunci la, copywriting la, content la, pa benda tu semua? tak paham saya!” Macam biasalah, Chacha ni kan degil tapi degil yang dia ada ni degil yang banyak membantu dia.

Apa yang berlaku balik sahaja dari program RPM, sales Chacha meningkat dari RM25,000 kepada RM40,000, Kelas RPM jer kot! Bila dah nampak impak tu Chacha sambung lagi belajar dengan saya dan hasilnya sale terus melonjak naik hingga RM62,000.

Dari pengeluaran 100 kilo sehari, sekarang ‘dim sum’ Chacha dah sampai 1 ke 2 TAN sehari! Agak-agak anda selesai tak masalah Chacha sebelum ni? Nak bayar gaji, Nak ‘rolling’ modal.

Bila dah jadi macam ni, masalah baru pula sampai. Chacha kena tambah team, tambah waktu ‘operation’ dan paling dahsyat masalah Chacha ni bila mana mesin kat kilang ‘meletop’ masa tengah belajar dalam kelas saya. Mesin ‘dim sum’ Chacha sampai ‘overheat’ sebab ’non stop’ bekerja.

Dulu kata takde orang nak beli, sekarang ni bersusun-susun ‘customer’ sampai tak larat nak layan. Ni semua bila Chacha ‘decide’ nak ‘jumpa’ saya, nak duduk belajar dengan saya dan tanpa banyak tanya Chacha ‘Buat Jerr’. Anda bila lagi? Dah buat tindakan dengan ilmu yang ada?

Nampak ke nampak perubahan yang Chacha alami walaupun hanya bermula dari Kelas RPM. Ramai orang sangka Kelas RPM ni macam preview, kelas basic. Tapi dia tak tahu ramai usahawan balik dari Kelas RPM ramai dah mula grow bisnes, mula dapat hasil 5 angka sales sebulan. Semua ini dah terbukti, dan saya tunjuk cara yang memang berkesan untuk bisnes anda.

Jika anda nak ubah hidup anda, anda perlu bertindak sebab dalam al-quran pun ada sebut nasib sesuatu kaum tidak akan berubah jika mereka tidak ubah nasib mereka sendiri. Ramai usahawan sekarang ni bagai menunggu bulan jatuh ke riba. Tunggu depan kedai tanpa buat apa.

Masih ada lagi yang salah faham bahawa nak onlinekan bisnes ni kena pandai IT, kena pandai Facebook, kena pandai atau ada ijazah dalam pemasaran online. Saya nak bagi tahu, anak murid saya Tuan Husni pemilik Mutiara Jati yang dah berumur 50 tahun masih bersemangat dan dah onlinekan bisnes beliau.

Ada juga anak murid saya yang berumur 60 tahun masih lagi bersemangat dan nak berubah dalam bisnesnya dengan online. Alhamdulillah semuanya dengan izin tuhan. Jika yang lebih veteran daripada anda sudah mula buat tindakan, kenapa anda yang muda-muda ni bagi alasan.

Perkara yang anda menyesal 3 tahun akan datang adalah banyak berikan alasan. Saya faham ada banyak cabaran anda nak datang belajar di RPM2019, sebab itu kali ini saya buat di 4 lokasi untuk memudahkan anda belajar. Saya faham juga, anda ada cabaran dari segi kos dan tanggungjawab, semua tu adalah ujian Allah nak tengok kesungguhan kita dan ini jadi satu jalan cerita kejayaan anda yang menarik untuk anda kongsikan kepada usahawan yang lain.

Jadi, hari ini saya betul-betul nak anda lebih komited dan bertanggungjawab dengan impian yang anda nak capai tahun 2019. Ramai berniaga sebab nak bebas kewangan, tapi bila nak capai kalau masih bagi alasan.

Nak ke nak saya nak ajak anda untuk roketkan bisnes anda seperti bisnes Pn. Norain? Nak ke nak saya bantu anda tunjukkan jalan untuk bisnes anda boleh grow?

Sekarang anda mungkin tak percaya lagi tapi dah ramai anak murid saya dulu pun tak percaya, tapi once dia decide nak belajar dan upgrade ILMU, sekarang dia tak percaya dia boleh capai apa yang mereka capai hari ini.

Ini bukan kelas magic, ini bukan sihir ataupun silap mata. Ini semua usaha, ikhtiar, pengorbanan anak murid saya dan insyaAllah semuanya dengan izin Allah.

Anda patut jadi seperti student saya. Ramai yang bermula dari Kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM). Mereka datang dalam keadaan zero, tak tahu apa nak buat, tak tahu cara nak jadikan bisnes boleh grow, apatah lagi nak tarik orang. Mereka dulu semuanya bermula dari kosong.

Anda join dulu Kelas Roket Pemasaran Momentum. Kalau anda daftar bertiga lagi murah. Tak rugi kalau anda tak ambil kesempatan untuk datang dan hadir ke RPM yang bakal berlangsung di Penang. Alang-alang saya nak turun untuk pertama kali dan terakhir ke Penang untuk tahun 2019.

Anda kalau nak berkira, lebih baik anda berkira berapa kerugian yang alami dulu. Sepatutnya anda dah boleh dapat sales 6 angka sebulan lama dah, tapi anda lebih suka bertangguh dari capai apa yang anda impikan.

Bagi yang serius nak ubah bisnes dia seperti student saya, anda boleh segera ke www.NakTarikPelanggan.com

Cepat dapatkan tempat anda kerana masa makin suntuk. Peluang takkan datang kali kedua kalau anda lepaskan. Kalau anda ada kawan, ajak mereka ubah sekali. Anda kena create circle anda yang nak ubah bisnes masing-masing supaya lebih meroket.

Saya memang sentiasa bersedia nak bantu anda, nak jumpa anda dalam kelas supaya saya boleh tunjukkan jalan keluar masalah dalam bisnes anda.

InsyaAllah, saya yakin anda seorang yang bijak yang ambil peluang ini. Kita jumpa nanti ya..

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !