fbpx
blog najib asaddok

HIDUP JADI STRESS BILA BISNES TAK MAMPU TUNAIKAN IMPIAN & HARAPAN KELUARGA

Pn. Zaharah merupakan owner kepada bisnes kain pasang dengan jenama Fyzara yang dah beroperasi sejak 2 tahun.

Walaupun bisnes baru 2 tahun, Pn. Zaharah seperti kebanyak business owner yang lain, dia ada satu cara tipikal berniaga mesti senang nak buat duit, senang pelanggan datang pada bisnes dia. Bila berniaga ramai orang sangkakan segalanya mudah dan indah, senang nak dapat duit dan boleh tunaikan impian keluarga.

Tapi apa yang berlaku sebaliknya. Bisnes yang Pn. Zaharah onlinekan tak menjadi, sales krik-krik dan mampu buat sales ketika bulan Ramadhan jer. 11 bulan lagi terpaksa struggle nak dapatkan pusingan yang bolehkan bisnes beliau survive.

Anda kena faham, bisnes yang sekadar nak survive adalah bisnes yang sangat perit sebenarnya. Tekanan amat besar bila buat onlinekan bisnes tapi tak jadi. Stress bila banyak usaha dan tindakan yang dibuat semuanya tak menjadi.

Nak tunaikan harapan dan impian mak ayah tak kesampaian, susah nak berikan anak-anak perkara yang terbaik dan sampai orang pandang hina sebab latar belakang Pn. Zaharah bukan orang yang berada.

Satu perkara yang baik yang Pn. Zaharah lakukan adalah beliau tak berputus asa walaupun dihina, walaupun struggle nak berikan yang terbaik untuk family, untuk anak-anak.

Pn. Zaharah ambil langkah yang terbaik dengan merendah diri untuk belajar ILMU untuk majukan bisnes dan mencari GURU yang boleh bimbing beliau dan bisnes.

Kalau dulu sales ketika Ramadhan paling tinggi sekadar RM15,000 tapi sekarang ni walaupun bulan biasa, mampu hasilkan lebih RM100,000 sebulan.

Anda boleh tonton kisah Pn. Zaharah pada link ini [Kisah Fyzara] sebab dalam video ni Pn. Zaharah ada kongsikan tips yang dia buat untuk capai peringkat ini.

Macamana Pn. Zaharah boleh ubah bisnes beliau yang salesnya sekadar cukup-cukup nak survive sehingga boleh capai 6 angka sebulan? Bagaimana Pn. Zaharah bermula?

Pn. Zaharah bermula dengan menghadiri Kelas Roket Pemasaran Momentum. Beliau belajar dan upgrade ILMU beliau dengan gunakan Formula Online Rocket Marketing.

Bukan setakat itu, dalam Kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM), Pn. Zaharah juga didedahkan dengan potensi pasaran yang ada dalam online, berapa numbers yang bisnes beliau boleh capai sekiranya dia buat dengan betul-betul, siapa audience tepat yang beliau patut tarik dan macam-macam lagi.

Semua yang beliau dengar dan belajar dalam Kelas RPM merupakan perkara yang beliau sangat tak sangka kena ambil tahu. Dan juga beliau sangat konsisten menghadiri siri Kelas & coaching secara berguru. Itulah yang buatkan beliau dapat ubah bisnes beliau. Andai Pn. Zaharah tak ambil langkah pertama untuk hadiri Kelas RPM, adakah bisnesnya boleh berubah.

InsyaAllah, kita semua mesti berusaha, berkorban dan konsisten dengan teknik yang betul dan tepat, kita akan dapat result yang terbaik, dengan izin Allah.

Pn. Zaharah dah buktikan beliau boleh ubah bisnes anda. Sekarang tinggal anda ambil keputusan yang tepat untuk ubah segalanya.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !