fbpx
blog najib asaddok

Singles’ Day Alibaba Tapau USD 30.8 Billion Sales Dalam 24 Jam

Alibaba semalam mencatatkan satu lagi pencapaian paling hebat untuk tahun 2018 dengan hasilkan USD 30.8 Billion dalam masa 24jam sempena Singles’ Day.

Kempen jualan sempena Singles’ Day (Hari Bujang) yang diadakan yang dulunya hanya disambut oleh pelajar-pelajar Universiti di China akhirnya menjadi satu festival tahunan di China dan seluruh dunia.

Singles’ Day tahun lepas, Alibaba hanya mendapat sebanyak USD 24.4 Billion pun dikatakan paling hebat, dan tahun ini Alibaba catatkan jualan USD 24.4 Billion dalam masa 16 jam sahaja.

Yang paling best, cuba bayangkan kalau bisnes anda dapat hasilkan jualan USD 1 Billion dalam masa 1 minit 25 saat.. Rasa-rasanya boleh melompat tak anda dengan team anda?

Sales sempena Singles’ Day ini paling hebat sebab berjaya mengalahkan sales sempena Cyber Monday dan Black Friday jauh dibelakang.

Inilah yang dikatakan kekuatan teknologi digital dan digital marketing digabungkan dengan kedai secara fizikal ataupun alam maya.

Banyak jenama-jenama besar seluruh dunia tidak ketinggalan untuk pasarkan produk mereka melalui platform yang Alibaba sediakan.

Di Malaysia, sebanyak 2.7 tan serbuk jenama Milo berjaya dijual (sumber The Vocket) penangan dari Singles’ Day. Volkswagen Polo B&W pula terjual 11 unit dalam masa seminit sahaja.

Kalau tahun ini anda terlepas mengambil kesempatan untuk adakan sales sempena Singles’ Day 11.11, insyaAllah, mulai hari ini, mulakan perancangan rapi untuk menghadapi 2019.

Paling penting, jangan berada pada takuk yang lama. Bisnes sepatutnya berubah kerana teknologi dan platform yang ada semakin mudah diakses oleh semua orang.

#Singles’Day
#roketcontent
#roketpemasaran

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !