fbpx
blog najib asaddok

Posting Menjual Yang Tak Nampak Macam Menjual

Posting Menjual Yang Tak Nampak Macam Menjual

Kebelakangan ni, terlalu banyak isu dan masalah yang peniaga dan usahawan hadapi. Dan salah satu daripada tu ialah, banyak posting yang korang share, tapi tak mendapat perhatian orang pon. 

Poster lawa, gambar cantik pon tak ada guna kalau posting tu tak mampu menarik minat bakal pelanggan. Saya perasan ramai peniaga terlalu kerap untuk up gambar yang berbentuk menjual dan menyebabkan pelanggan bosan dan jemu. 

Bayangkan, kalau korang sering diasak oleh penjual untuk membeli, korang rasa muak tak? Paling tak pon saya yakin mesti dalam kalangan yang tengah baca sekarang ni bersetuju tak suka orang datang menjual secara tiba-tiba. 

Korang nak ke nak kalau saya share cara nak buat posting menjual tapi tak nampak macam menjual? Kalau nak, jom baca tips ni sampai habis!

Posting Menjual Yang Tak Nampak Macam Menjual

1. Cerita Kesakitan Dulu

Haaa kesakitan apa ni? Kesakitan ni antara contoh storytelling yang paling berkesan untuk menarik minat pembaca yang membaca posting kita tau. Manusia memang suka akan cerita. Korang boleh cerita tentang kelebihan dan manfaat produk korang. 

Sebagai contoh produk sakit lutut, kesakitan untuk orang yang sakit lutut ialah tak dapat berdiri pada waktu yang lama atau susah sangat nak berdiri. 

Posting Menjual Yang Tak Nampak Macam Menjual

2. Cerita Kesan Sakit Tu Macam Mana

Selepas dah cerita kesakitan, korang terangkan pula apa kesan dari kesakitan tu. Apa penyebab yang akan berlaku dari kesakitan yang pelanggan kita hadapi. Korang kena ingat nak jual produk ni bukan sekadar menjual je tau, tapi terangkan yang korang boleh bantu mereka untuk selesaikan masalah. Baru lah mereka tertarik dengan produk kita. 

Contohnya, kesakitan lutut yang dialami membuatkan dia sukar nak solat, sukar nak jumpa dengan orang ramai, dan menyebabkan dia rasa malu. 

Posting Menjual Yang Tak Nampak Macam Menjual

3. Apa Tindakan Yang Dia Cuba Buat

Seterusnya, korang boleh ceritakan pengalaman testimoni sebelum ni, apa yang dia cuba buat untuk selesaikan masalah yang dihadapi. Dia ingat tindakan yang dia cuba buat membantu tapi rupanya silap. Masalah yang dihadapi tetap sama. 

4. Cerita Penemuan Kepada Sesuatu Masalah

Selepas dah mencuba macam-macam cara, akhirnya ceritakan macam mana journey testimoni kita jumpa produk kita dan jalan penyelesaian yang kita bantu untuk mereka. 

5. Cerita Kesan Dari Penyelesaian Masalah

Hasil usaha yang konsisten, akhirnya produk dan value yang kita bagi membantu pelanggan kita. Korang boleh cerita apa kesan yang pelanggan kita lalui dan rasa dan menyebabkan siapa yang baca posting kita dan lalui benda yang sama, mereka akan buat keputusan yang sama. 

Korang dapat sesuatu? 
Nak info lagi? Jom dapatkan dalam channel telegram di www.TelegramNajib.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !