fbpx
blog najib asaddok

3 Tips Menarik Rezeki Dalam Hidup & Bisnes

3 Tips Menarik Rezeki Dalam Hidup & Bisnes

Siapa kenal usahawan yang berniaga dah lama tapi hutang keliling pinggang, stress 24 jam, tak berhenti mengeluh dan merungut berniaga ni susah tak macam orang lain.

Dalam hidup ni, kalau perangai kita ni suka merungut dan bertangguh, dalam bisnes pun akan jadi perkara yang sama sebab itu lah tak ada apa-apa hasil dalam hidup, tak ada duit, tak ada pelanggan dan rasa hidup susah sepanjang masa. 

Setiap orang yang berniaga ni nak capai kejayaan dan saya doakan semoga tahun ni korang juga dapat capai target dalam bisnes. Aamiin..

Jadi korang nak ke nak kalau kami share beberapa point penting untuk pastikan rezeki hidup dan bisnes sentiasa melimpah ruah? Pastikan korang baca sampai habis ya…

  1. Niat Untuk Beri Manfaat

Kena ingat bahawa buat baik ni bukan hanya beri sedekah, duit dan bagi orang makan jer tapi perkara paling penting adalah setiap produk kita boleh bantu menyelesaikan masalah pelanggan. 

Sebab tu dalam bisnes ni jangan fikir nak jual barang jer sebab orang tak akan berminat pun nak beli. Kalau kita niat bisnes untuk bantu ramai orang, insyaAllah boleh bantu tarik lebih banyak lagi rezeki.  

Amacam? Korang okay ke okay setakat ni?

  1. Utamakan Orang Lain

Bila berniaga ni, peniaga kena tahu sebab dia berniaga. Nombor 1 mesti lah Allah swt, kemudian nombor 2 adalah keramat hidup kita contohnya ahli keluarga, pasangan, mak ayah dan anak-anak. 

Last sekali baru letak diri sendiri sebab keutamaan dalam hidup adalah tolong dulu orang yang penting dalam hidup kita. 

Ingat ya, bisnes adalah untuk bantu ramai orang. Kalau korang pentingkan diri sendiri alamatnya memang tak dapat nak menarik rezeki dan keberkatan dalam hidup. 

  1. Ready Dengan Cabaran

Kunci utama untuk murah rezeki adalah korang kena betulkan dulu cara berfikir sebab kadang-kadang banyak kesenangan yang kita nak capai..

Jangan lupa laluan senang ni kena lalu banyak cabaran dan kepayahan dulu.. Bila berhadapan dengan cabaran bukan terus give up tapi kena fikir apa benda yang kita nak kena buat..

Korang dapat sesuatu daripada perkongsian kali ni? Nak ke nak kami beri lebih lagi? Jangan ketinggalan sebab kami nak bimbing korang buat bisnes betul-betul supaya dapat capai impian dan gembirakan orang tersayang. 

Ready untuk join Kelas Roket Pemasaran Momentum, Gandakan Jualan Online & Capai RM10,000 Pertama yang bernilai RM10,000.

Klik link ni untuk dapatkan tempat dan tawaran yang buatkan bisnes anda terus sustain dan meroket dengan cepat! → www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !