fbpx
blog najib asaddok

PELANCARAN ROKET PEMASARAN MOMENTUM 2019: NAK TARIK PELANGGAN

KUALA LUMPUR, 23 MEI 2019: Trend pemasaran dan pembelian pengguna telah berubah seiring peredaran zaman dan teknologi. Lebih ramai pengguna mendapatkan info daripada online dan ini sekaligus mempengaruhi cara mereka membeli sesuatu produk atau perkhidmatan. Jadi golongan usahawan perlu berubah dan menggunakan platform online untuk memastikan bisnes mereka terus meningkat dan kekal relevan dalam pasaran. 


Situasi ini diakui sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Momentum Internet Sdn Bhd, Najib Asaddok, yang menyedari betapa pentingnya untuk para usahawan sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terkini terutamanya dalam aspek pemasaran yang lebih kepada online.


Justeru itu, Najib Asaddok yang terkenal sebagai Pakar Pemasaran Online di kalangan usahawan tempatan kini melancarkan kempen Roket Pemasaran Momentum dan akan membantu 50,000 usahawan terutamanya mereka yang mempunyai perniagaan supaya dapat memahami ilmu pemasaran online dan menarik ramai pelanggan.

Objektif utama kempen ini adalah membantu usahawan memahami strategi bagaimana memasarkan produk atau perkhidmatan mereka secara online, menarik ramai pelanggan & meningkatkan jualan.


“Ramai lagi usahawan yang masih belum gunakan PEMASARAN ONLINE sedangkan cara ini boleh bantu mempercepatkan perkembangan bisnes mereka. Dengan Formula Online Rocket Marketing kami, kempen pemasaran mereka akan lebih berkesan, jenama mereka akan lebih dikenali dan jualan mereka akan meningkat berkali ganda.”


“Menurut laporan Hootsuite yang terkini, seramai 24 juta rakyat Malaysia online setiap hari. Ini adalah satu peluang besar yang patut usahawan rebut dalam usaha memperkenalkan produk atau perkhidmatan mereka,” kata Najib dalam satu sidang media khas Pelancaran Roket Pemasaran Momentum 2019 – Nak Tarik Pelanggan.

Menurutnya lagi, angka 50,000 dipilih bersempena dengan ulang tahun ke-5 Momentum Internet Sdn Bhd pada tahun ini. Momentum Internet mempunyai misi membantu seramai 50,000 Usahawan di Malaysia untuk membina bisnes dan menaikkan jualan mereka melalui siri kelas Roket Pemasaran Momentum yang ditawarkan pada yuran RM1 sahaja.

“Sasaran Momentum Internet adalah golongan yang telah menjalankan perniagaan. Mereka terdiri daripada Usahawan, Pemilik Bisnes, Pengasas Produk, Jurujual, Stokis dan Ejen. Kami juga fokuskan 5 jenis industri untuk dibantu seperti Fesyen, Makanan, Kesihatan, Kecantikan dan Perkhidmatan,” katanya.


Sejak 2015, Momentum Internet telah membantu lebih 38,000 usahawan di seluruh negara melalui siri kelas dan seminar, dan lebih 20% telah mereka bantu melalui kelas lanjutan.

“Peratusan yang berjaya dibimbing boleh dikatakan subjektif. Kami percaya dengan  formula yang diajar kepada mereka dan peratusan berjaya lebih meningkat kerana telah terbukti dengan ramai usahawan yang kami bantu berjaya mencapai jualan RM1 juta pertama mereka dalam tempoh 6 bulan hingga 12 bulan,” katanya.

Beliau turut meraikan wakil media dan bloggers yang hadir dengan majlis berbuka puasa di sebuah hotel terkemuka di Subang Jaya.

SIAPA NAJIB ASADDOK

Bertindak selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Momentum Internet Sdn Bhd, Najib Asaddok juga seorang usahawan internet sejak 2009, trainer dan penceramah, penulis buku motivasi dan pemasaran Roket Emel, Roket Bisnes, Momentum Bisnes, Roket Pemasaran Momentum dan 4 Turbo Copywriting serta berpengalaman dalam dunia jualan sejak 2005 yang membantu kejayaan beliau dalam bisnesnya hari ini.

Lebih 38,000 usahawan telah dibantu oleh beliau dari seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Beliau menjadi rujukan kepada usahawan untuk melebarkan sayap melalui pemasaran online. Melalui kemahiran dan ilmu beliau, ramai usahawan berjaya mencapai RM1 juta pertama dalam tempoh 6 hingga 12 bulan.


Beliau pernah juga banyak membantu usahawan melalui siri latihan online di Facebook, Youtube dan siri e-mel kerana beliau sangat percaya, hidup manusia boleh berubah jika ada ILMU, KESUNGGUHAN dan sifat BERSERAH kepada Allah SWT. Tugas kita sebagai manusia hanya LAKUKAN sahaja secara konsisten capai kejayaan.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !