fbpx
blog najib asaddok

Nama Jer Founder, Tapi Gagal Bayar Gaji Staff…

Nama Jer Founder Tapi Gagal Bayar Gaji Staff..

Rasa Down Dengan Bisnes, Pn Syafinaz sebagai founder dah buat macam-macam strategi tapi tak berjaya…

Ramai orang di luar sana fikir jadi Founder ni senang kan. Ada ejen, team sendiri yang tolong buat sales. Founder duduk goyang kaki jer. Ehh jap, betul ke? Sebenarnya, jadi Founder ni tak mudah macam yang korang sangka. Banyak benda yang nak kena fikir. 

Bukan setakat supply produk je, tapi Founder ni lah yang kena fikir macam-macam strategi nak bagi orang kenal produk dia. Kalau silap sikit, boleh give up tau. Kena fikir strategi yang berkesan, nak tahu berapa banyak modal yang patut guna dan banyak lagi lah. 

Nama Jer Founder, Tapi Gagal Bayar Gaji Staff

Sebab tu orang kata buka bisnes ni senang tapi nak pertahankan bisnes yang ada tu tak mudah seperti yang disangka. Sama juga nasib macam anak murid saya ni, Puan Syafinaz Ainaa Muslim. Dia merupakan Founder kepada Ratu Kapit Station. 

Dia sangat bersemangat untuk maju kan bisnes. Macam-macam kelas dia dah pergi tapi semua tak mendatangkan hasil. Kalau nak cakap pasal strategi pula, macam-macam strategi dia dah guna tapi sama juga tak menjadi. 

Yang buat dia rasa sedih dan terkilan, sales asyik jatuh dan timbul pula isu dan masalah dengan suami. Dia asyik bermasam muka sahaja sebab down dengan bisnes yang ada. Perkara yang paling dia tak boleh lupakan, suami dan anak terabai sebab dia terlalu fokus untuk kejar sales dan naikkan bisnes. Duit semakin kurang sampai nak bayar gaji pekerja pun tak mampu. 

Tak nak terus dibelenggu dengan masalah yang ada, dia nekad nak cari guru untuk dibimbing. Dia mula join kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM) untuk belajar. Dari sini dia mula nampak jalan. Satu persatu masalah dia dapat selesaikan. 

Nama Jer Founder, Tapi Gagal Bayar Gaji Staff

Sales semakin meningkat daripada RM5,000 naik ke RM25,000. Bukan peningkatan dari segi sales je, banyak perkara yang dia belajar dari kelas antaranya erti kasih sayang Allah, suami, anak dan keluarga. Hubungan dia dan suami semakin baik. Alhamdulilah. 

Jelas Puan Syafinaz, apa yang penting ialah kita buat jer. Follow apa yang telah diajar dan fokus untuk buat benda tu sampai jadi. Usaha dan konsisten. Selain daripada tu dia selalu follow live dalam page Najib Asaddok. Alhamdulilah sekarang dia dah berada dalam Circle Platinum. 

Dia juga dah ada team sendiri untuk bisnes Ratu Kapit Station. Tahniah untuk kejayaan ni Puan Syafinaz..

Kejayaan milik siapa yang berusaha dengan sungguh-sungguh. Saya yakin korang pon boleh. Apa kata luangkan masa untuk saya bantu dalam kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM). Saya nak jumpa pada siapa yang betul-betul nak dibantu. Segera daftar di www.naktarikpelanggan.com 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !