fbpx
blog najib asaddok

Lockdown dan PKP Buat Rejanah Sedar Akan Nasib Team

Lockdown dan PKP Buat Rejanah Sedar Akan Nasib Team

Baru baru ni kerajaan sekali lagi mengumumkan untuk Lockdown kali kedua. Berikutan kes Covid-19 yang semakin tinggi dan hal ni membimbangkan rakyat Malaysia. 

Bagi peniaga dan usahawan pula, PKP dan Lockdown adalah dua perkara yang buat mereka takut dan risau. Baru je haritu nak pulih dan bangkit masa PKP2.0, peniaga dikejutkan pula dengan PKP 3.0.

Dengan kedai yang sekejap buka sekejap tutup. Pelanggan tak ada, sales pula lagilah. Mana yang boleh survive hanya boleh dikira dalam jumlah yang kecil sahaja. 

Ada mulut yang perlu disuap, ada orang tua yang perlu dijaga, ada bil yang perlu dijelaskan. PKP tak PKP. Sewa kedai tetap kena bayar macam biasa. 

Kalau masa PKP 1.0 dulu masih boleh survive lagi, tapi sekarang dah PKP 3.0, duit simpanan yang ada kadang kadang hampir tak cukup. Kalau korang antara peniaga dan usahawan yang terkesan dan terjejas, Rejanah ni dulu bisnes nya hampir lingkup. Masa PKP 1.0 ni lah dia bangkit dan buktikan dia mampu survive sampai sekarang.

Kalau korang nak tahu, dulu Rejanah ada 4 orang team yang bersama- sama dalam bisnes kecantikan Real Beauty. Kerugian demi kerugian yang terpaksa ditanggung lepas dah keluarkan modal yang besar buat Rejanah down dan putus asa. 

Setiap hari, dia suka tengok sharing dalam Facebook Page Najib Asaddok. Sentiasa follow Live dan kelas percuma. Lama kelamaan, dia teringin untuk join kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM) untuk mencuba nasib. Dan dia mendaftar pada bulan April 2021. 

Banyak ilmu dan perkara yang dia dapat. Tak tunggu lama, dengan semangat yang ada selepas balik kelas, dia buat satu persatu. Peningkatan yang dia dapat, sales nya berjaya diraih RM2000. Tak banyak. Tapi ni satu permulaan yang baik baginya. 

Dari RM2000, naik ke RM5000 dan kemudian dia berjaya pecah RM10,000 pertama. Dia tak merungut. Tak mempersoalkan banyak benda. Dia follow je. Antara benda betul yang dia buat ialah, konsisten buat Facebook Live. dia nak bagi pelanggan kenal dan nampak produk dia. 

Seterusnya, bagi training dekat team. Dia tahu, antara kesilapan dia dulu, dia tak bagi training sales dan marketing dekat team. Sebab tu antara punca team dia tak boleh buat sales yang tinggi. Dan yang ketiga sentiasa bagi value dekat pelanggan. 

Hasil benda betul yang dia buat dan konsisten, sekarang banyak pencapaian yang dia dah capai. Dah ada office di Sabah dan Semenanjung Malaysia. Team dari 4 orang kini dah ada berpuluh Ejen dan Stokis. 

Dia mampu buat sales lebih dari 5 angka sebulan. Hebat kan? Kalau dulu dia terus putus harapan dan tak nak mencuba, mungkin bisnes Real Beauty tu dah tak ada. 

Kepada peniaga dan usahawan di luar sana, kalau sekarang korang dah putus asa dengan ujian yang ada, cuba ingat balik kenapa korang mula semua ni. Siapa big why yang korang nak bantu dan bangga kan. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. 

Adakah anda nak kami bersama-sama sokong dan beri semangat kepada anda sepanjang tempoh lockdown kali ini? Anda tidak keseorangan! Kami ada untuk bantu dengan izin Allah SWT.

Sedia dengan pelancaran bimbingan 30 hari ni pada 3 Jun 2021 Hari Khamis tepat jam 9:30 malam melalui platform Zoom Webinar. Anda boleh daftar jadi yang terawal dengan sertai telegram kami

—> www.nakbimbingan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !