fbpx
blog najib asaddok

Diberhentikan kerja, Chef Dave Kongsi Resipi Survive Masa PKP

Diberhentikan Kerja, Chef Dave Kongsi Resipi Survive Masa PKP

Tak dinafikan, pandemik Covid-19 memberi impak yang besar terutama sekali kepada sektor perhotelan sebab tak dapat beroperasi atau pelanggan semakin berkurang. Ye la, siapa je yang pergi bercuti masa PKP ni? Semua orang mengambil pendekatan selamat untuk duduk di rumah. 

Situasi sukar ini turut dirasai anak murid saya dalam kalangan circle Platinum, Kalidevan Dave Murugaya atau lebih dikenali sebagai Chef Dave. 

Pemuda berusia 29 tahun ini merupakan Founder kepada Chef Dave Vegan Journey. Kalau korang nak tahu sebelum ni dia bekerja sebagai chef di hotel dan juga Disney cruise line.

Dengar memang wowww, chef disney cruise kot! Tapi rezeki tidak menyebelahinya apabila dia tempoh kontrak tidak dapat diteruskan ekoran PKP. 

Menurut Chef Dave, “Sedihnya, lepas saya kehilangan kerja.. Saya langsung tak ada duit, dalam bank kosong, hidup saya masa tu memang tak ada apa-apa. Yang tinggal hanya semangat nak bangkit semula”.

Kalau kita berada di tempat Chef Dave mesti kita ambil jalan pintas untuk give up kan? Tapi Chef Dave pandang masalah yang dia hadapi ni dari sudut yang positive.

Pada mulanya dia macam orang lain juga tak tahu pasal bisnes. Bukan senang bagi dia sebab selama ni dah terbiasa dengan periuk, kuali dan senduk di dapur. Tiba-tiba kena belajar edit video. Memang dia tak tahu tapi dia belajar satu demi satu.

“Yang saya tak dapat lupakan sampai sekarang bila saya print 1,000 memo dan edarkan daripada satu rumah ke rumah yang lain untuk minta jiran-jiran bantu subscribe Youtube saya”, Chef Dave.

Strugglenya dia masa tu, tapi itu bukan alasan untuk dia duduk diam dan give up.. Berbekalkan duit yang ada, dia join kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM) pada bulan Jun 2020.Tak berhenti setakat itu, dia teruskan journey ke circle Platinum sebab nak dibimbing..

Gembira saya dengar, sekarang dah tak ada fasa air mata dalam hidup Chef Dave. Berkat usaha dan kerja kerasnya dalam bangunkan bisnes Chef Dave Vegan Journey, sekarang dia dah berjaya buat jualan RM45,000 sebulan dan dah ada team sendiri.

Korang nak ke nak tahu benda betul yang Chef Dave buat masa PKP ni? Benda betul yang buat ialah cari ilmu dan guru, konsisten buat Facebook Live selama 30 hari dan sentiasa ingatkan diri bahawa bisnes yang dijalankan ni untuk bantu serta beri manfaat pada orang lain.

Korang mesti terinspirasi dengan kisah Chef Dave ni kan? Saya dan Team Momentum juga tumpang gembira dan bangga di atas pencapaian dia dalam hidup dan bisnes.

Siapa yang ada masalah yang sama macam Chef Dave sebelum ni? Saya dan Team Momentum nak bantu para peniaga lonjakkan sales waktu lockdown dan PKP. Apa kata korang get ready dengan pelancaran pada 3 Jun 2021 jam 9.30 melalui platform Zoom.

Daftar dan jadi yang terawal di telegram www.nakbimbingan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !