fbpx
blog najib asaddok

Beryl’s Chocolate! Siapa je tak tahu coklat jenama tempatan ni?

beryl's chocolate

Siapa je tak tahu coklat jenama tempatan ni? Beryl’s Chocolate!

 

Beryl’s Chocolate & Confectionery Sdn Bhd, sebuah syarikat pembuatan coklat di Serdang, Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun 1995. Kemudian berpindah ke Seri Kembangan pada tahun 1999 dan kilang baru di Bangi (2008) dengan peralatan dan mesin-mesin canggih untuk memenuhi peningkatan permintaan. 

Tujuannya untuk menghasilkan coklat berkualiti premium dengan harga mampu milik.

Jom tengok 5 Fakta Menarik Beryl’s Chocolate!

 

1. Guna bahan berkualiti tinggi

Bukan sahaja biji koko berkualiti yang diambil dari seluruh dunia, ia juga guna vanilla asli dan mentega koko tulen. 

 

 2. Pelbagai kegunaan 

Coklat banyak kegunaan mengikut jenis selain dari makan begitu sahaja. Antara kegunaan seperti bahan buat hiasan, kek, pastries, perasa, kuih-muih dan topping. 

 

3. Ada Halal JAKIM

Semestinya kita di negara Malaysia yang majoritinya Islam mementingkan halal dalam makanan. Begitu produk coklat jenama tempatan ini. 

 

4. Eksport ke 13 negara

Mula dengan eksport ke Filipina pada tahun 1996. Kini, coklat Beryl’s mudah dijumpai di pelbagai negara seperti Jepun, Singapore, Vietnam, India, Maldives, Indonesia, New Zealand, Saipan, Brunei, Macau, Dubai dan China.

 

5. Lawatan ke Muzium Coklat

Semua orang awam diberi peluang untuk melawat muzium kilang coklat. Lawatan kilang ini akan mengambil masa kira-kira 20 minit yang termasuk video penerangan sejarah ringkas Beryl’s dan proses pengeluaran coklat, diikuti dengan lawatan ke Galeri Beryl’s.

Ini bertujuan untuk mendidik pengunjung mengenai asal-usul koko, jenis-jenis coklat, bahan-bahan coklat. Terdapat juga Galeri Beryl’s yang menampilkan info bergambar, mesin-mesin lama dan juga barang antik yang tidak ternilai harganya. Ia juga teknik marketing yang Beryl’s buat supaya orang ramai lebih mengenali “brand”.

Sedar tak sedar, Beryl’s dah lebih 25 tahun dalam industri produk makanan. Banyak peniaga kecil yang menjadikan Beryl’s sebagai pilihan untuk bahan dalam buat kek, hadiah dan pelbagai lagi.

Antara teknik marketing oleh Beryl’s untuk bertahan dalam industri penghasilan produk berasaskan koko ini adalah iklan diskaun dan promosi sempena. di sosial media. Contoh promosi Beryl’s seperti gambar di bawah.

 

Beryl's Chocolate

Beryl's Chocolate

Nak tahu lebih lagi tentang coklat ni boleh visit website di sini >>> https://www.berylschocolate.com.my/

Dapat sesuatu?

Ok guys, ada apa-apa soalan? Cuba kongsi brand apa anda nak tahu di ruangan komen di bawah ni!

Terima kasih. Jumpa lagi semua! Assalamualaikum W.B.T 🙂

 

Artikel berkaitan:

  1. Tudung bawal ke shawl?
  2. Hey Wassup Guys!
  3. Google dah ada AI tersendiri!
Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !