fbpx
blog najib asaddok

5 Tips Usahawan PUSH Februari ni!

Usahawan Push

5 Tips Usahawan PUSH “Februari” Ni!

Jom PUSH Februari ni. Kita telah selesai episod bulan Januari. Sebagai usahawan, apa “target” yang mungkin anda dah capai sepanjang 31 hari yang lalu? 

 

Apa yang dah jadi bulan lepas, cuba belajar dan improve untuk buat yang terbaik pada bulan ini. Dah ada kemajuan atau masih dalam perancangan. Tak kira untuk perniagaan atau diri sendiri. Jangan tangguh-tangguh tau. 

 

Macam mana nak pastikan impian anda tak bertangguh sampai tak sudah? Anda kena ada elemen P.U.S.H yang buat anda rasa sentiasa bermotivasi untuk terus bergerak.

P – Pressure, tekanan atau perasaan stres yang buat anda keluar dari zon selesa dan bertindak 

U – Unstoppable, jangan pernah berhenti tapi “take a rest” untuk kekal fokus kejar impian. Abaikan orang toksik dan negatif yang menghalang anda. 

S – Success, elemen yang bagi sebab kenapa nak berjaya capai impian tu. Adakah sebab keluarga, orang tersayang atau kawan-kawan? Boleh dapat lebih perhatian dari masyarakat terhadap perniagaan anda dengan adanya “success”.

H – Hope, iaitu letak harapan, doa dan tawakal untuk semua usaha yang anda akan buat.

 

Pada kali ini, saya nak berkongsi 5 tips untuk USAHAWAN PUSH FEBRUARI berdasarkan impian 2024 anda.. 

 

Usahawan Push

 

1. Ada garis panduan

Bila nak capai impian, kena ada garis panduan. Garis panduan dengan erti kata lain “KPI”. Apa tahap impian yang nak kena capai tu?

Pertama sekali, proses untuk dapatkan impian ni kena ada “action plan” yang konsisten dan berkesan. Jangan syok sendiri.

Kalau masih “blur”, boleh belajar dan bertanya pada yang lebih pakar macam kami pakar digital marketing di sini Digital Marketing Specialist untuk dapatkan nasihat digital marketing. 

 

 

2. Boleh diukur dengan nombor

Konsep nombor ni luas. Kalau perniagaan anda dah lebih setahun, tahap “awareness” pelanggan terhadap “brand” kena bertambah. Anda boleh bandingkan pencapaian, strategi dan market share tahun lepas perniagaan anda dengan pesaing-pesaing. 

Ambil tahu apa pendapat pelanggan lepas beli produk atau guna servis anda untuk “deliver” dengan lebih baik pada masa sekarang.

Contohnya, perniagaan nak dapatkan sales sebanyak RM3,000,000 dan berapa bajet atau perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk dapatkan sales tu. Faham?

 

 

3. Tetapkan masa

Setiap perkara yang kita mula mesti ada pengakhirannya seperti setiap kelahiran pasti datangnya kematian. Begitu juga impian anda bina untuk perniagaan yang kena ada tarikh mula dan tarikh tamat . Kalau impian 2024, mesti kena capai sebelum masuk tahun 2025. 

Masa itu emas, pernah dengar?

 

Usahawan Push

 

4. Relevan ke?

Cuba fikir semula kalau anda memang nak capai impian tu. Mampu ke untuk anda nak capai? Masih relevan pada masa sekarang? Relevan ni juga bila anda mampu nak selesaikan masalah dan cabaran yang anda bakal hadapi.

Contohnya, boleh ke nak capai sales RM500,000 sebulan dengan tak buat langsung marketing? Fikir-fikirkan semula.

 

Usahawan Push

 

5. Dapatkan sokongan

Terakhir saya nak kongsi adalah penting untuk dapatkan sokongan bila nak capai impian . Masa ini kena pilih “circle” yang positif dan beri sokongan. Betul ke betul?

 

Jom push Februari ni. Dari segi strategi marketing untuk dapatkan result sales yang terbaik. Pada masa yang sama, fokus capai impian 2024 untuk perniagaan anda. Jom ingat lagi sekali Kenapa Usahawan Kena Faham Matlamat Business?

 

Dapat sesuatu?

 

Jika perlukan kami untuk bina marketing yang gempak, dapat perkhidmatan dari kami di link ini: https://www.momentumdigital.com.my/ 

Ok guys, ada apa-apa soalan? Cuba kongsi apa impian tahun 2024 anda di ruangan komen di bawah ni!

Terima kasih. Jumpa lagi semua! Assalamualaikum W.B.T 🙂

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !