fbpx
blog najib asaddok

Apa Nak Buat Kalau Produk Ada Ramai Pesaing?

Apa Nak Buat Kalau Produk Ada Ramai Pesaing

Korang ada kenal mana-mana peniaga yang jual produk yang sama? Kalau kita perhatikan di dalam Malaysia ni, ramai peniaga yang menjual produk dan servis yang hampir sama dengan pesaingnya. 

Pernah ke terlintas dalam fikiran korang, “macam mana nak dapat sales yang tinggi”, “macam mana nak dapat pelanggan yang ramai”, “dia tu jual dengan harga yang murah lah, macam mana peniaga baru macam saya nak survive?”. Pernah ke?

Sebagai seorang peniaga, tak kisah la peniaga yang baru nak berniaga ataupun yang dah lama, korang sebenarnya tak perlu rasa risau dan takut. Ketakutan tu yang akan membunuh peniaga tu sendiri. Nak tahu sebab apa? Kalau korang tak berani nak mencuba, memang sampai bila-bila result korang akan pada level yang sama je. 

Jadi, apa sebenarnya benda yang kita sebagai peniaga boleh buat kalau produk kita ada ramai pesaing ni?

Apa Nak Buat Kalau Produk Ada Ramai Pesaing?
  1. Bantu Pelanggan Anda 

Jika ada pelanggan atau bakal pelanggan yang berminat dengan produk korang, bantu dia dari proses awal hingga akhir. Jangan biarkan dia terkapai-kapai sendiri. Bantu untuk bagi penerangan dengan betul. Buat dia yakin yang kita boleh bantu dia. 

Dengan cara ni, pelanggan akan rasa dihargai dan berharap korang dapat selesaikan isu yang dia hadapi dengan sebaik nya. 

Apa Nak Buat Kalau Produk Ada Ramai Pesaing?
  1. Sentiasa “Up To Date”

Kalau korang nak pembeli sentiasa tahu semua perkembangan bisnes korang, korang kena dan wajib update progress terkini. Contohnya dalam Facebook Page atau website, sentiasa update perkembangan terbaru. 

Kalau tak update, pembeli pon tak pasti sama ada korang ni jual lagi ke tak produk tu. sebab tu penting tau korang letak semua maklumat dan informasi terkini. Kalau tak nanti daripada pembeli berminat nak beli, terus dia lari ke pesaing yang lain. 

Apa Nak Buat Kalau Produk Ada Ramai Pesaing?
  1. Layan Pelanggan Dengan Baik 

Korang pernah dengar yang pelanggan ni ibarat “raja”? Sebab tu pentingnya layan mereka dengan sebaiknya. Jawab semua pertanyaan yang dia tanya satu persatu. Jangan pernah biarkan soalan tu mati tanpa jawapan. 

Kalau korang layan dengan baik, pelanggan akan setia dan jika dia repeat order, dia tak akan pergi ke penjual yang lain. Sebab apa? Sebab korang dah bagi servis yang baik untuk mereka. Faham ke faham ni?

  1. Manfaatkan Platform Online

Ada ke lagi yang peniaga yang masih belum onlinekan bisnes? Sekarang semuanya dah online. Ramai pembeli di Malaysia yang lebih berminat untuk membeli produk secara online je. 

Kalau korang dah onlinekan bisnes, korang boleh target pelanggan yang korang nak dimana-mana sahaja. Orang yang jauh pon boleh beli produk korang. Dari sini korang boleh letakkan kelebihan yang berbeza dari pesaing korang yang lain. 

  1. Pembungkusan yang Menarik

Untuk nampak unik dan beri kelainan, korang boleh buat pembungkusan produk yang boleh menarik perhatian orang ramai. Korang boleh beri sesuatu design yang nampak eksklusif dari jenama yang lain. 

Ada jalan penyelesaian kalau korang rasa produk korang ni ada ramai pesaing. Buat perkara ni dan praktikkan ya. Jangan mengalah terlalu awal. Nak lagi tips dan ilmu yang menarik? Korang boleh dapatkan info di www.naktarikpelanggan.com 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !