fbpx
blog najib asaddok

Ikuti Kisah Menarik Starbucks Yang Bermula Dari Kopi Biasa

Ikuti Kisah Menarik Starbucks Yang Bermula Dari Kopi

“Small, Venti atau Grande?” Kalau perasan ini lah pertanyaan yang sering kita dengar bila kita membuat pesanan di Starbucks. Betul ke betul?

 

Ikuti Kisah Menarik Starbucks Yang Bermula Dari Kopi Biasa

Yang pastinya semua orang pernah dengar brand Starbucks ni.. Dah famous satu dunia!

 

Alaa, tempat biasa orang lepak minum kopi tu. Kalau dulu Starbucks jual kopi je tapi sekarang ni macam-macam ada, sandwich, pastri dan bekas minuman sehingga menjadikan Starbucks ni juara di hati peminat kopi.

 

Bayangkan, buat kerja sambil menikmati caramel macchiato frappucino with caramel upside down. Sedapnya.. Terliur beb! Korang jangan terus order pula, haaa pastikan baca sampai habis dulu. Boleh?

 

Ikuti Kisah Menarik Starbucks Yang Bermula Dari Kopi Biasa

Kalau nak tahu, Starbucks diasaskan oleh tiga orang sahabat dari University San Fransisco, Jerry Baldwin, Zev Siegl dan Gordon Bowker. Tiga sekawan ni buka kedai kopi pertama di Seattle, Washington pada 30 Mac 1971 dan hanya fokus kepada menjual biji kopi dan peralatan berkaitan.

 

Nak dipendekkan cerita, perjalanan Starbucks ni dirancakkan lagi dengan kehadiran Howard Schultz. Dia adalah orang penting dalam mengembangkan jenama Starbucks ke seluruh dunia. 

 

Bermula dengan menjual biji kopi sejak tahun 1970an, kini Starbucks memperoleh keuntungan berbilion dollar setahun hasil kebijaksanaan Howard Schultz dalam mengaplikasikan strategi bisnes dalam menarik lebih ramai pelanggan. 

 

Ikuti Kisah Menarik Starbucks Yang Bermula Dari Kopi Biasa

Korang nak ke nak tahu apa benda betul yang Howard Schultz buat waktu tu? Dia fokus untuk jalankan bisnes dalam bentuk komuniti, bermula dengan kempen “Free Wi-Fi”, “Soy Lover” dan lain-lain.

 

Dia juga ambil inisiatif untuk kurangkan iklan yang berasaskan produk yang bagi tumpuan dalam membina hubungan dengan pelanggan. Senang cerita, give more value dan tidak terlalu menjual.

 

Tak pelik lah kalau setahun boleh capai berbilion dollar sebab ini rupanya yang mereka buat. Korang nampak ke nampak ni?

 

Bila kita buang mentaliti menjual dan fokus untuk bagi manfaat pada orang lain, secara automatik sales kita akan mencanak naik. 

 

Seronok kan bila dengar kisah jenama besar macam ni? Lagi best bila korang sendiri rasa kejayaan tu.

 

Ada banyak lagi yang saya nak kongsikan pada anda semua.. Stay follow posting seterusnya ye

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !