fbpx
blog najib asaddok

TOLONGLAH.. Bisnes online bukan sekadar post! Pastikan guna checklist ni untuk kuasai pasaran online

Tolonglah.. Bisnes Online Bukan Sekadar Post

Selalu orang tanya, dah buat bisnes online? Of course dah.. Macam mana kau buat? Alaaa.. Post je lah.. Dekat Instagram, dekat Facebook, dekat telegram.. Dekat semua platform yang kita ada.. Tolonglah.. Kawan bukan customer kita!

Paling saya tak faham dengan konsep “Support Kawan”. Statement yang bertahan mungkin hanya beberapa kali je.. Sampai bila kita boleh mengharap untuk kawan beli dengan kita? Sampai bila kita nak tebalkan muka untuk jual dengan kawan.. Kalau sekali dua, boleh lah kesian.. Tapi kalau dah banyak kali, kawan pun segan nak tolak..

Jadi, konsep yang macam mana kita nak buat dalam bisnes online ni? Macam mana nak buat pelanggan nampak kita yang tak famous ni? Macam mana nak buat semua orang tahu yang kita ni wujud dalam pasaran?

Pastikan 7 Perkara ni anda kena kuasai.. Jangan ambil remeh.. Dan jangan terlepas satu pun step untuk pastikan anda ada sales yang berterusan dan terus kekal dalam pasaran.

Baca sampai habis tau!

TOLONGLAH.. Bisnes online bukan sekadar post! Pastikan guna checklist ni untuk kuasai pasaran online

1. Kenal pelanggan

Siapa pelanggan kita yang sebenarnya? Bukan semua orang pelanggan kita.. Jangan tamak.. Kalau kita jual tudung, adakah lelaki pun pelanggan kita? Semestinya tidak! Bagi mata mereka memang cantik, tapi bagi seorang perempuan yang perlu pakai tudung tu. Dia akan fikirkan material kain tudung tu, warna tone adakah sesuai, nak padankan dengan warna apa? Sebabtu kita kena tahu siapa pelanggan kita..

Macam mana kita nak tahu siapa pelanggan kita? Jom baca point ke 2..

TOLONGLAH.. Bisnes online bukan sekadar post! Pastikan guna checklist ni untuk kuasai pasaran online

2. Tahu masalah pelanggan

Sudah tentu produk wujud sebab adanya masalah pelanggan.. Pelanggan yang ada masalah dan pelanggan yang akan beli selalunya orang yang sama.. Pelanggan akan buat keputusan untuk membeli jika dia perlu selesaikan masalah segera.

Pelanggan datang kepada kita sebab dia ada masalah. Dan kita kena bantu dia..

TOLONGLAH.. Bisnes online bukan sekadar post! Pastikan guna checklist ni untuk kuasai pasaran online

3. Tetapkan target market

Siapa pelanggan kita yang sebenarnya? Dari segi umur, jantina, apa yang dia minat (interest), lokasi di mana pelanggan tinggal. Semua penting untuk kita tak salah target. Dari segi harga sesuatu produk pun kita boleh bezakan mengikut ekonomi pelanggan kita.

Sekali lagi saya nak ingatkan, tak semua orang pelanggan kita!

TOLONGLAH.. Bisnes online bukan sekadar post! Pastikan guna checklist ni untuk kuasai pasaran online

4. Tarik follower yang betul

Tarik follower ke dalam mana? Kumpulkan mereka dalam satu tempat.. Platform yang paling sesuai untuk buat bisnes adalah Facebook Page. Pilih follower yang betul-betul kita mudah untuk tukarkan kepada pelanggan..

Macam mana nak buat orang lain nampak kita? Bukannya famous pon kan? Sebabtu, kita kena buat like marketing. Like marketing ni untuk tarik yang betul-betul pelanggan yang kita nak.. Sebabtu dekat step 1,2 dan 3.. Kita kena pilih pelanggan kita.. Like marketing boleh tapis, kita boleh tetapkan.. Siapa follower kita..

5. Bina fans

Lepas tarik follower, kita kena buat follower kita as a fan yang setia dengan kita. Jangan buat diorang lari dan terus tinggalkan kita.. Dia dah serah diri untuk follow kita, takkan kita nak biarkan dia pergi ke pesaing pula?

Bila kita bina hubungan dengan fans, kita bina engagement, mereka akan lebih percaya kita.. Kepercayaan tu penting untuk buatkan orang buat tindakan seterusnya..

6. Give value

You give more, you earn more! Sama macam prinsip Starbucks yang saya pernah saya cerita https://www.najibasaddok.com/ikuti-kisah-menarik-starbucks-yang-bermula-dari-kopi-biasa/

Apa yang dia tekankan give value.. Apa yang boleh dia bagi kepada pelanggan? Dia beri value dari segi wifi. Seberapa banyak manfaat yang dia boleh share dengan pelanggan… Dia fikir bukan hanya untuk diri dia sahaja, tetapi pelanggan juga..

Seberapa banyak manfaat yang kita boleh bagi, berilah pada pelanggan. Buat pelanggan suka dengan kita.. Buat pelanggan datang dekat.. Tidak bermakna bagi manfaat tu, bagi produk PERCUMA.. Tapi beri sesuatu seperti ilmu, tips atau apa sahaja yang tidak membuatkan kita rasa terbeban dan rugi dengan pemberian tersebut..

7. Buat sales

Semua tanya, asyik bagi value.. Bila nak buat sales nya? Haa.. Bukan tak boleh buat sales… Boleh, tapi jangan menjual.. Posting boleh selitkan antara value dan juga sales.. Tukar niat untuk bantu daripada niat untuk menjual.. Insya Allah, Allah permudahkan..

Nak buat posting pun perlukan copywriting yang menarik.. Takkan masih lagi nak tahukah anda.. Tahukah anda? Semuanya fakta, tak tahu nak mengayat.. Macam mana nak tarik perhatian pelanggan untuk terus membeli? Macam mana nak buat pelanggan rasa masalah dia perlu diselesaikan segera? Semuanya perlukan copywriting yang boleh pikat hati pelanggan..

Jom dapatkan 6 E-Book Copywriting Yang Buatkan Pelanggan Rebut, Bukan Cabut secara PERCUMA.. Ye, free je.. Tak perlu nak bayar-bayar.. Dapatkan segera di www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !