fbpx
blog najib asaddok

Posting korang tak ada orang tengok?? Korang boleh buat 3 perkara ni…

Posting Korang Tak Ada Orang Tengok.. Korang Boleh Buat 3 Perkara Ni

“Haishh, tak ada orang nak baca pun apa yang aku post.” Korang pernah rasa macam ni?? 

Kenapa boleh jadi macam tu?? Cuba korang baca balik apa yang korang tulis, menarik atau boring?

Kalau korang sendiri baca pun dah boring apatah lagi orang lain yang baca posting korang tu..

Entah-entah bila nampak jer posting korang, dia laju je scroll ke bawah..

Haa, jaga-jaga jangan sampai jadi macam tu. Kalau orang tak nak stop tengok posting korang macam mana nak buat sales??

Mungkin ada perkara yang korang buat yang buatkan orang tak nak tengok pun posting korang. Sebab tu saya nak sharekan 3 perkara yang korang boleh buat untuk orang baca posting korang…

  1. Tanya soalan

Boleh buat posting bertanya soalan sebab bila orang jawab, itu akan menaikkan engagement Facebook Page kita. 

Mereka boleh jawab di bahagian komen. Contoh, “Tahun ni baju raya Abang Jib warna gold. Cer share apa warna baju raya korang”.

  1. Pelbagaikan jenis content

Janganlah post promotion atau produk jer. Cuba sharekan tips atau benefits yang buatkan orang boleh buat. 

Lagi satu korang boleh post dalam context berbeza. Mungkin boleh buat dalam video, infografik. Sebenarnya dalam 1 content tu kita boleh jadikan dia poster, video dan infografik..

  1. Guna bahasa mudah

Kita ni kalau tulis caption posting tu guna jer bahasa bercakap, jangan terlalu formal sebab tu tak menarik untuk orang baca. 

Contoh, “tahukah anda” orang boleh jawab “dah lama tahu”.. Korang bila bercakap ada ke cakap dengan orang guna bahasa formal? Ada orang ingat korang buang tebiat pula..

Korang nak lagi mahir dalam penulisan copywriting? Jom dapatkan hadiah 6 E-Book Copywriting Yang Buatkan Orang Rebut, Bukannya Cabut yang bernilai RM699 secara PERCUMA jer di www.naktarikpelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !