fbpx
blog najib asaddok

Sedih Tak Dapat Balik Raya? Ini 3 Tips Naikkan “Mood” Raya Anda!

Sedih Tak Dapat Balik Raya.. Ini 3 Tips Naikkan Mood Raya Anda!

Sambutan 1 Syawal atau Aidilfitri dah tak ‘umphh’ seperti sebelum ini. Jalan raya lengang tanpa pemandu, rumah di kampung sunyi tanpa gelak tawa dan tiada sesi bergambar bersama keluarga. 

Kemeriahan sambutan hari raya memang jauh beza la senang cerita. Siapa je tak sedih kalau dua kali tak dapat pulang beraya di kampung. Semua ini berlaku tak lain tak bukan disebabkan penularan wabak Covid-19.

Walaupun ramai yang sedih sebab tak dapat pulang ke kampung halaman, namun larangan ini dilaksanakan demi menjamin keselamatan. 

Tapi siapa cakap kita tak boleh sambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga? Masih boleh, cuma secara online. Tak dapat balik raya tak apa, janji semua selamat dan kita masih dapat kekalkan hubungan dengan keluarga tersayang. 

Nak tahu macam mana korang boleh dapatkan ‘mood’ Hari Raya persis di kampung halaman? Jom baca tips ni..

Sedih Tak Dapat Balik Raya? Ini 3 Tips Naikkan “Mood” Raya Anda!
  1. Menghias Rumah

Tak dapat balik kampung untuk beraya tak semestinya korang tak boleh cipta sendiri mood dan vibes hari raya..

Sehari sebelum raya daripada korang duduk menangis tepi bucu katil, apa kata korang pasang lagu raya sambil tukar langsir baru, pasang lampu pelita, gantung ketupat hiasan dan bersihkan halaman rumah.

“Alaaa penting ke hias rumah? Bukan ada orang datang pun,” Eh mesti lah penting sebab korang boleh ‘video call’ dengan keluarga di kampung jadi nampak la rumah tu kemas dan ada suasana raya. Orang yang tengok pun seronok. 

Sedih Tak Dapat Balik Raya? Ini 3 Tips Naikkan “Mood” Raya Anda!
  1. Masak Hidangan Raya

Ini lah yang dinantikan semua orang menjelang hari raya Aidilfitiri. Tak lengkap tanpa ketupat, lemang, lodeh, rendang, kuah kacang, serunding dan sebagainya. 

Korang hasilkan kembali resepi tersebut di malam Hari Raya. Minta resepi dengan ibu di kampung, masak sendiri untuk dihidangkan buat keluarga. Tak sedap pun tak apa, asalkan tradisi malam raya tidak ditinggalkan.

  1. Duit Raya Online

Tak lengkap pagi raya kalau tak ada sesi bersalaman dan bagi duit raya. Haaa, tak balik beraya di kampung bukan alasan untuk korang tak bagi duit raya tau. 

Walaupun korang tak dapat beraya bersama keluarga tapi korang boleh bagi duit raya melalui e-Duit Raya. Mudah kan? Tak perlu bazir sampul, boleh transfer duit raya secara online. Klik-klik sikit dah siap. 

Banyak lagi cara untuk anda kembalikan ‘mood’ Hari Raya walaupun lebaran kali ini disambut di rumah, kita masih boleh menyambutnya dengan penuh makna. Ya Allah, mudah-mudahan tahun depan kita semua dapat beraya di kampung. Mesti lagi best dan meriah. Jangan sedih-sedih tau!

Korang yang tak dapat pulang beraya di kampung, bila bosan-bosan duduk di rumah tu boleh consider untuk dapatkan 6 E-Book Copywriting Yang Buatkan Orang Rebut Bukan Cabut secara PERCUMA. Boleh dapatkan di www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !