fbpx
blog najib asaddok

5 Masalah Besar Dalam Bisnes Yang Orang Ambil Ringan..

5 Masalah Besar Dalam Bisnes Yang Orang Ambil Ringan

Ramai yang ingat buat bisnes ni senang. Diorang ingat kalau buat bisnes je dapat duit. Hmmm, kalau macam tu kenapa pula ramai yang mula buat bisnes ni tak kaya terus. Pasti ada masalah kan?

Kalau kita nak berjaya mesti akan ada cabaran atau masalah yang kita harus harung dalam bisnes. Tapi apa masalahnya. Jom baca

5 Masalah Besar Dalam Bisnes Yang Orang Ambil Ringan

Sales Turun.

Satu masalah yang biasa untuk semua peniaga. Sales tak naik-naik. Sama ada sales mereka akan kekal sama atau turun. 

Lagi teruk ada juga peniaga yang pernah hadapi masalah tak ada sales langsung. Kesian weyh!. Susah payah buat bisnes tapi sales tak da langsung.

Ni mesti sebab ramai daripada mereka ni niat asyik nak dapat duit jer. Asyik fikir pasal sales. Tak fikir pun nak bantu ramai orang?

5 Masalah Besar Dalam Bisnes Yang Orang Ambil Ringan

Hutang Berlambak.

Ramai peniaga sanggup ambil pinjaman dari bank untuk nak run bisnes itu ok lagi tapi ada yang sanggup ambil hutang dari pak Ah Long  semata-mata nak run bisnes diorang. 

Bahaya weyh! Sebab bila kalau korang gagal/lambat nak langsaikan hutang, hidup korang tak akan tenang sebab ye lah korang kan tahu apa diorang akan buat.

Bila hutang korang bertambah, hidup tak akan rasa tenang sebab beban/tanggungjawabnya akan makin bertambah dan korang akan struggle untuk fokus dalam bisnes dan juga kehidupan seharian korang.

5 Masalah Besar Dalam Bisnes Yang Orang Ambil Ringan

Team Tak Perform.

Kadang-kadang masalah team juga akan jadi punca masalah yang utama kenapa bisnes korang tak naik-naik.

Ye lah, kalau korang dah ada team diorang ni juga bertanggungjawab nak bawa bisnes korang ke level yang lagi tinggi. 

Tapi masalahnya, team pun lembap, tak reti nak buat sales, tak mampu nak pikul tanggungjawab tugas mereka sendiri.  Macam mana nak naikkan bisnes kalau team tak ada semangat high energy.

Bukan semua benda yang founder(korang) kena buat sendiri dan team korang cuma  duduk tengok jer. Baik tak payah ada  team pon. Betul ke betul?

Takda Masa.

Ramai peniaga  yang sekarang ni memang dah busy dan mereka dah tak banyak luangkan masa dengan keluarga.

 Ramai yang sibuk fokus dalam bisnes sampai keperluan family diorang abaikan. Ingat, salah satu sebab korang buat bisnes ni adalah untuk pastikan keluarga korang dapat hidup selesa.

Kalau korang abaikan keluarga korang, rasanya apa yang akan berlaku? Akan ada salah faham betul ke betul? 

Jangan sesekali abaikan keluarga korang gaiss sebab percayalah, mereka lah kekuatan korang dan sebab kenapa korang nak berjaya dalam bisnes. 

Ikut Cara Lama.

Zaman dah canggih,telefon picit-picit pun dah boleh scroll jer. Korang yang bisnes ni masih tulis buku lagi ke..Serius ah? Mana ada orang nak guna barang-barang yang kuno lagi?

Korang masih lagi amalkan cara yang kuno. Sekarang ramai yang shopping online sebab senang, jimat masa, tak perlu beratur kat bank untuk nak keluarkan duit. Kenapa korang tak  onlinekan bisnes korang lagi?

Online ni untuk korang pun senang. Tak payah pening-pening nak bayar sewa kedai atau sewa tapak. Untuk permulaan, korang tak payah pun nak ambil pekerja yang banyak kecuali kalau korang nak grow-kan company korang tu.

Jadi korang tunggu apa lagi, onlinekan la bisnes korang. Jom masuk ke kelas percuma Onlinekan Bisnes Anda (OBA) FINALE  pada 3 April ni.  Ni lah satu-satunya peluang terakhir untuk korang nak belajar macam mana nak onlinekan bisnes korang. Lepas ni dah tak ada dah.

Jom daftar sekarang di www.naktarikpelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !